Azhar Sulaiman benarkan Leona kahwin tahun depan, tapi ada syarat buat bakal suami!

Photo of author

By Syima Iza

Azhar Sulaiman benarkan Leona kahwin tahun depan, tapi ada syarat buat bakal suami!.

Pelakon Azhar Sulaiman memberi restu andai anaknya, Kasih Iris Leona, meneruskan hajat untuk berkahwin tahun depan, namun meletakkan beberapa syarat kepada bakal menantunya.

“Selamat Tahun Baru Mekna (Leona). Kalau awak benar-benar nak nikah tahun depan, tak apa.

Azhar Sulaiman benarkan Leona kahwin tahun depan, tapi ada syarat buat bakal suami!

“Tolong pastikan bakal suami awak tak kisah asap rokok terutama dalam kereta, bukan vegetarian, dan okey dengan muzik bergenre Rave,” tulisnya di Instagram.

Aktor yang juga seorang arkitek itu turut menjelaskan bahawa bakal suami Leona perlu mendapat ‘lampu hijau’ daripada kembar Leona, Andika Rees Pahamin, serta kakaknya, Kasih Leia Ixora.

Namun, Azhar, 53, memberi bayangan bahawa mungkin agak sukar untuk memenangi hati mereka bertiga berbanding isterinya, Chempaka Emalin Pahamin.

“Mesti diterima oleh The High Council, iaitu Kasih dan Rees juga.

“Dengan Mommy mungkin senang lulus ujian, tapi dengan kami bertiga, lain,” ujarnya.

Sebelum ini, Leona, 22, pernah menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga pada 2025, meskipun dia belum mempunyai kekasih.

Baca Juga:
Petua nak halau semut dalam rumah yang ramai orang tak tahu
Remaja mengaku bersalin di tandas pusat beli belah, teman lelaki buang mayat bayi di plaza tol
Pereka beg terkejut tempahan beg dari seseorang rupa-rupanya untuk PMX