“Ayah ada 6 anak, yang jaga dari awal saya seorang”- Wanita nekad putus hubungan dengan adik beradik selepas urus ayah sakit seorang diri

Photo of author

By Syima Iza

“Ayah ada 6 anak, yang jaga dari awal saya seorang”- Wanita nekad putus hubungan dengan adik beradik selepas urus ayah sakit seorang diri.

Kecewa dengan sikap lepas tangan dalam menjaga ayah yang sedang sakit tenat, seorang wanita nekad memutuskan hubungan persaudaraan dengan lima orang adik-beradiknya.

Menerusi hantaran video di TikTok, Lhilynazaya berkongsi bahawa dia terpaksa menghadapi cabaran besar menguruskan ayahnya di hospital yang sedang bertarung dengan kanser paru-paru tahap empat, walaupun dirinya turut mempunyai tanggungjawab sebagai ibu kepada dua orang anak.

"Ayah ada 6 anak, yang jaga dari awal saya seorang"- Wanita nekad putus hubungan dengan adik beradik selepas urus ayah sakit seorang diri

“Ayah mempunyai enam anak, tetapi yang menjaganya dari awal sehingga kini hanyalah saya seorang. Mereka langsung tidak bertanya khabar, malah berdiam diri walaupun tahu ayah dimasukkan ke hospital.

“Kalau tidak boleh membantu dari segi kewangan atau tenaga kerana sibuk bekerja, cukuplah bertanya keadaan ayah walaupun hanya lima minit,” luahnya.

Apa yang lebih mengecewakan, sehingga kini tiada seorang pun daripada adik-beradiknya menghubungi atau mengambil berat tentang keadaan ayah mereka yang semakin nazak. Tambah Lhilynazaya, semua urusan rawatan termasuk radioterapi dan kemoterapi ayahnya diuruskan seorang diri, sehingga hospital kini dirasakan seperti rumah kedua baginya.

@ceulhilyAku rela setiap hari harus ke rs ini untuk nemenin Bapak sinar daripada aku harus kehilangan bapak 🥹💖♬ suara asli – SADVIBES🥀 – Sadvibes🥀

“Insya-Allah, saya reda dan ikhlas menjaga ayah walaupun sakit hati mengenangkan sikap adik-beradik lain.

“Buat semua adik-beradik, ingatlah bahawa menjaga orang tua tidak mudah, apatah lagi apabila mereka diuji dengan penyakit seperti ini.

“Mulai hari ini, kita bukan lagi saudara. Nanti kalau ayah sudah tiada, jangan menyesal,” katanya dengan tegas.

@ceulhilyMakasih yg udh pada support dan sayang bapak 🥹💖

♬ Tak Ada Ujungnya – Rony Parulian

Baca Juga:
‘Mumia’ merayau di Sungai Besar telah ditahan polis
Minta sumbangan jaga orang tua sakit, ‘Coach’ kantoi menipu selepas Ahli Parlimen Skudai terjah ke rumah
“Setiap kali orang beli, pak cik ini akan tunduk tanda terima kasih, siap doakan lagi untuk pembeli”