Axia merah culas bayar tol, RM1.56 pun tak mampu bayar

Axia merah culas bayar tol, RM1.56 pun tak mampu bayar

Axia merah culas bayar tol, RM1.56 pun tak mampu bayar. Sebuah kereta dinaiki sekumpulan lelaki didapati menceroboh Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) apabila enggan membayar tol Plaza Tol Seri Muda berhampiran Seksyen 25 di sini, baru-baru ini

Tindakan pemandu kereta Perodua Axia itu dirakam kamera belakang kenderaan di hadapannya yang diekori rapat ketika memasuki plaza tol berkenaan dari arah Pusat Bandar Shah Alam menghala ke Kota Kemuning, dalam kejadian dipercayai pada tengah malam Ahad lalu.

Rakaman berkenaan kemudian ditularkan dalam media sosial dengan keterangan menyatakan pemandu kenderaan hadapan berasa bimbang apabila diekori rapat oleh kereta terbabit.

Axia merah culas bayar tol, RM1.56 pun tak mampu bayar

Bagaimanapun, sebaik sahaja palang dibuka, pemandu Axia berwarna merah itu terus memecut menghampiri kenderaan hadapan bagi melepasi plaza tol tersebut dan memotongnya sebelum meneruskan perjalanan.

Difahamkan, bayaran bagi kenderaan Kelas A di plaza tol berkenaan hanya RM1.56.

Baca Lagi:
Che Ta pergi tengok bola pun lawa, netizen perasan sesuatu
Saya akan sokong Anwar jika terpilih sebagai Presiden Umno – KJ
Suami isteri mengembara sampai sempadan China, Thailand hanya guna Perodua Kancil usia 25 tahun
CATEGORIES