Awie kena bahan sebab makan durian guna sudu

Photo of author

By Syima Iza

Dengan kedatangan musim durian kali ini, orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya walau di mana jua.

Jadi, satu perkara biasa untuk kita menikmati setiap ulas durian dengan tangan kerana dapat merasai teksturnya yang lembut dan ada yang sehingga menjilat jari dek kerana kesedapan yang tidak terkata.

Baru-baru ini, bintang rock tanah air, Awie telah mencuri perhatian ramai apabila tular videonya yang memakan isi raja buah itu dengan sudu seperti pelancong luar negara pula.

Awie kena bahan sebab makan durian guna sudu

Di dalam video itu, Awie kelihatan bersahaja mengambil seulas isi durian dengan sudu untuk dimakan. Namun, selepas ditegur oleh rakannya iaitu Roy Azman, dia terus tersipu malu dan cuba mengelak daripada dirakam.

“Malu orang tengok…jangan cerita dengan orang weii,” luahnya dengan berseloroh kepada rakan-rakan lain yang ada di tempat kejadian berkenaan.

Perkongsian video tersebut di platform TikTok ternyata berjaya meraih perhatian netizen yang turut geli hati dan sempat membahan figura terkenal itu kerana memakan isi durian bersama sudu.

Video itu telah memperlihatkan sebanyak 2.2 juta jumlah tontonan dengan 152.1K tanda suka serta dihujani sejumlah komentar daripada peminatnya.

Awie kena bahan, Melayu mana makan durian pakai sudu (Video)

Baca Juga:
Sudah 6 bulan meninggal dunia, si bulus masih setia menunggu ‘kepulangan’ tuannya
Bergaduh dalam ‘GAME’ lelaki ini serang musuhnya di dunia nyata
Pemandu treler terkejut temukan bayi 12 bulan merangkak tepi lebuh raya