Awang import Negeri Sembilan cedera di leher, rantai emas kena ragut ketika tunggang motosikal

Photo of author

By Syima Iza

Perbuatan jenayah terhadap pemain bola sepak di negara ini dilihat tidak berkesudahan, dengan terbaru penyerang import Negeri Sembilan FC, Mika Junco ditimpa malang apabila menjadi mangsa ragut di ibu kota, hari ini.

Insiden malang itu dikongsi pemain terbabit menerusi laman Instagramnya yang turut menunjukkan kecederaan ringan di bahagian leher.

Malah, kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan tumpuan di ibu kota itu turut menyebabkan dia kehilangan rantai emas.

Awang import Negeri Sembilan cedera di leher, rantai emas kena ragut ketika tunggang motosikal

“Mereka meragut rantai emas saya di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan menunggang motosikal. Semuanya selamat. Saya harap ada individu yang mula menghentikan perkara ini,” katanya. Walaupun kejadian terbabit mengejutkan pemain itu, namun dia memaklumkan berada dalam keadaan selamat.

Kejadian jenayah membabitkan pemain bola sepak boleh dikatakan agak kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Antara yang menjadi mangsa adalah tonggak Harimau Malaya Faisal Halim, Akhyar Rashid, Khuzaimi Piee, dan Safiq Rahim.

Mengikut rekod, Junco adalah pemain import baru skuad Rusa untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Baca Juga:
Penyewa jual perabot siap promote dalam group barang terpakai, tuan rumah minta orang ramai jangan beli!
Budak lelaki raih pujian ramai tidak panik selepas lif tiba-tiba terjunam dari tingkat sembilan
Ketua Polis digantung tugas selepas ‘kantoi’ kemaruk isteri orang