“Awak Tak Perasan Ke Semua Tu?”- Farid Kamil dakwa musim cerai ada kaitan dengan politik & harga minyak

Photo of author

By Syima Iza

“Awak Tak Perasan Ke Semua Tu?”- Farid Kamil dakwa musim cerai ada kaitan dengan politik & harga minyak.

Pelakon Farid Kamil memberitahu bahawa sepanjang 15 tahun menjalani kehidupan berumah tangga bersama isterinya, aktres Diana Danielle, dia tidak pernah meminta bantuan kewangan daripada netizen.

Tak Minta Duit

"Awak Tak Perasan Ke Semua Tu?"- Farid Kamil dakwa musim cerai ada kaitan dengan politik & harga minyak

Farid menyatakan dia tidak mengambil kisah tentang tanggapan netizen terhadap kemelut yang berlaku antara dirinya dan isteri.

“Saya menjalani kehidupan rumah tangga selama 15 tahun tanpa sesen pun duit netizen. Apa sahaja masalah atau isu yang timbul, sekupang pun saya tak minta daripada netizen,” katanya.

Farid turut menegaskan bahawa dia adalah antara individu yang tidak pernah menerima rasuah dan terus memperjuangkan isu tersebut sejak enam tahun lalu.

Tak Ambil Rasuah

“Untuk pengetahuan semua, di kala 2024 ini, susah nak jumpa manusia seperti Farid Kamil ini. Saya seorang yang tak terima atau ambil rasuah, dan perjuangan saya tentang rasuah ini dah enam tahun. Pada tahun 2024, Perdana Menteri benar-benar menyokong usaha ini, kita lawan rasuah,” ujarnya.

Selain itu, Farid juga mengaitkan peningkatan kes perceraian yang menjadi trend tahun ini dengan isu politik dan harga minyak.

Politik & Harga Minyak

“Pada tahun 2024 ini, dah jadi trend orang bercerai. Awak tak rasa ke benda itu ada kaitan dengan politik dan harga minyak? Awak tak perasan ke semua benda itu,” katanya.

Selepas setahun kembali rujuk, Diana Danielle mengejutkan ramai apabila mengumumkan niat untuk memfailkan perceraian kali kedua terhadap Farid.

Bagaimanapun, Diana Danielle, yang nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, enggan mengulas lanjut mengenai sebab di sebalik keputusan tersebut.

Pada Rabu, Farid mengakui berlaku perselisihan kecil antara dirinya dan Diana sebelum Diana mengumumkan hasrat untuk bercerai buat kali kedua.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9 tahun.

Sebelum ini, pasangan itu pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara dalam talian sebelum kembali rujuk pada 31 Ogos lalu.

Baca Juga:
Ini petua cara masak nasi guna beras biasa tapi hasilnya sebiji macam guna beras mahal
Ini 7 jalan raya paling berbahaya dan mengerikan di dunia
Lelaki ini kongsi 3 tips padu untuk jimat duit ketika travel