“Awak penipu, curang dan tak berguna!” – Isteri umum suami curang di papan iklan gergasi Taman Tun Dr Ismail

Photo of author

By Syima Iza

“Awak penipu, curang dan tak berguna!” – Isteri umum suami curang di papan iklan gergasi Taman Tun Dr Ismail.

Tular di media sosial mengenai seorang wanita bertindak mengumumkan kecurangan suaminya menggunakan papan iklan gergasi di Taman Tun Dr Ismail pada Isnin.

Memetik laporan NST, tindakan sang isteri bernama Shin Yi itu bertujuan mahu menyampaikan pesanan kepada suami, Kevin Teoh Chee Sing dan menuntut perceraian.

"Awak penipu, curang dan tak berguna!" - Isteri umum suami curang di papan iklan gergasi Taman Tun Dr Ismail

“Awak penipu, curang dan tak berguna!
“Saya nampak awak di Jerry Coworking Space TTDI! Ada video, lain kali pilih bilik yang tak bertingkap.
“Jangan hubungi saya, peguam saya akan hubungi awak,” katanya menerusi hantaran dimuat naik pengguna X, @timothytiah.

Hantaran tular tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan hampir 9,000 ulang siar dan 14,000 tanda suka.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap ia sekadar strategi pemasaran bagi golongan T20 yang dibuat penyedia premis berkenaan iaitu Jerry Coworking Space.

Pengguna X @encikjon mengatakan bahawa iklan tersebut secara tidak langsung menjelaskan apa yang bakal diharapkan oleh pelanggan ketika menyewa ruang kerja berkenaan.

“Mungkin inilah cara macam mana golongan T20 nak bercerai sekarang,” ulas @buskbear.

“Gimik pemasaran atau kisah benar? Betul-betul mengelirukan,” komen @Elviralahweyy.

“Kalau bukan gimik, kami semua sokong awak Shin Yi,” ujar @CT_voter pula.

Baca lagi:
Samada ‘ganja’ boleh digunakan dalam perubatan atau tidak, KJ serah Menteri Kesihatan baharu buat keputusan
‘Babun’ yang bunuh kekasih 17 tahun terlepas hukuman gantung
“Kata nak syahid di Palestin, macam mana ni? Fathia Latiff disindir netizen selepas kongsi foto bertopi