Atlet Pakistan menang emas Olimpik, bapa mertua hadiah kerbau

Photo of author

By Syima Iza

Atlet Pakistan menang emas Olimpik, bapa mertua hadiah kerbau.

Pemenang pingat emas Olimpik dari Pakistan, Arshad Nadeem, menerima hadiah unik daripada bapa mentuanya, Muhammad Nawaz, iaitu seekor kerbau.

Hadiah itu diberikan sebagai meraikan kemenangan luar biasa Nadeem yang menjuarai acara merejam lembing di Sukan Olimpik Paris dengan catatan rekod baharu kejohanan, iaitu 92.97 meter.

Atlet Pakistan menang emas Olimpik, bapa mertua hadiah kerbau

Nawaz menjelaskan bahawa hadiah kerbau itu dianggap sangat berharga dan merupakan satu penghormatan dalam masyarakat di pedalaman.

Anak Nawaz, Ayesha, berkahwin dengan Nadeem, dan mereka mempunyai dua anak lelaki serta seorang anak perempuan. Nawaz mengenang kembali kehidupan mereka enam tahun lalu ketika menantunya sangat berdedikasi dalam sukan walaupun pendapatannya tidak menentu.

“Enam tahun lalu, ketika kami menjodohkan anak kami dengan Nadeem, dia hanya bekerja dengan gaji kecil, tetapi itu tidak menghalang minatnya dalam sukan. Dia kerap berlatih membaling lembing di rumah dan padang.”

Hadiah tradisional daripada bapa mentua Nadeem kepada menantunya ini merupakan simbol kebanggaan dan penghormatan dalam masyarakat yang masih teguh berpegang kepada budaya tradisi.

Baca Juga:
Warga Jepun mati dibunuh ahli geng Yakuza, mayat dikerat dalam bilik air
Helikopter terhempas atas bumbung hotel, kipas ‘tertanggal’ masuk dalam kolam
Adik Shah Firdaus gesa netizen henti serang pelumba Jepun, sebak lihat abang kemalangan