“Asal mancing mesti kumpau” isteri gurau minta edit gambar suami dapat ikan

Photo of author

By Syima Iza

“Asal mancing mesti kumpau” isteri gurau minta edit gambar suami dapat ikan.

Memiliki telefon pintar pada hari ini sudah menjadi satu kemestian kepada orang ramai.

Peranti ini bukan sahaja digunakan sebagai medium berkomunikasi, tetapi juga menjadi alat untuk mencari maklumat semasa dan meningkatkan produktiviti ketika waktu lapang.

"Asal mancing mesti kumpau" isteri gurau minta edit gambar suami dapat ikan

Seiring dengan peredaran zaman, telefon pintar kini mempunyai kemampuan seperti sebuah kamera untuk mengambil gambar dan seperti sebuah komputer untuk membuat kerja-kerja suntingan.

Jika dahulu pengguna mungkin perlu mendapatkan khidmat pakar untuk kerja-kerja di atas, kini anda boleh mengambil gambar dan membuat suntingan berbekalkan telefon pintar di mana-mana sahaja.

Ditambah pula dengan pelbagai filter dan alat yang disediakan dalam aplikasi telefon, gambar yang diambil dan disunting boleh menjadi sangat menarik atau menghiburkan orang ramai.

“Asal mancing mesti kumpau” isteri gurau minta edit gambar suami dapat ikan

Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, pemilik akaun Facebook Siti Hanum telah memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ni?

Dalam hantaran tersebut, wanita ini meminta pertolongan orang ramai untuk menyunting gambar suaminya yang mendapat hasil ketika memancing.

“Minta jasa baik pada semua. Tolong edit bagi suami saya dapat hasil. Saya sedih tengok dia asal mancing mesti kumpau. Terima kasih semua,” katanya dalam hantaran itu.

Warga maya ternyata tidak melepaskan peluang ‘keemasan’ untuk menonjolkan bakat suntingan masing-masing.

Minta tolong editkan gambar, sekali macam-macam yang keluar
Apa yang melucukan, penyunting-penyunting gambar alam maya ini begitu kreatif dengan menerapkan unsur-unsur humor dalam suntingan masing-masing.

Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah bakat dan kreativiti suntingan warga maya bukan calang-calang, malah ada yang di luar kotak pemikiran.

Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk anda di bawah.

"Asal mancing mesti kumpau" isteri gurau minta edit gambar suami dapat ikan

“Yang ini semua jenis jinak,” komen seorang wargamaya.

"Asal mancing mesti kumpau" isteri gurau minta edit gambar suami dapat ikan

“Jangan risau kak… kali ini abang mesti tak kumpau. Macam-macam ikan dia bawa balik,” tulis seorang lagi wargamaya.

"Asal mancing mesti kumpau" isteri gurau minta edit gambar suami dapat ikan

Anda boleh melihat lebih banyak hasil suntingan warga maya di grup Edit Apa Hari Ini.

Baca Lagi:
“Hina ke pesan air kosong?”- Wanita ‘Cut’ gula rasa dihina, pekerja kedai makan buat tak tahu ketika minta air kosong
Individu dedah pasangan Myanmar ini jual mi wantan di Kuala Lumpur mampu raih pendapatan 5 angka
“Yang macam ini kita patut cemburu”- Bacaan doa pekerja warga asing ini raih perhatian ramai