Artis lelaki popular era 80-an bernikah lagi satu secara rahsia – Sumber

Photo of author

By Syima Iza

Artis lelaki popular era 80-an bernikah lagi satu secara rahsia – Sumber. Seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 1980-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.

Difahamkan, isteri barunya ini masih muda dengan jarak usia yang jauh dengan artis terbabit.

Menurut sumber, ramai penduduk berdekatan tempat tinggal mereka mengesyaki sesuatu apabila sering melihat artis lelaki itu di situ.

Artis lelaki popular era 80-an bernikah lagi satu secara rahsia - Sumber

“Bagaimanapun, mereka enggan menghebohkan perkara ini kerana ia masih samar-samar dan takut menimbulkan fitnah.

“Namun, baru-baru ini ada kejadian membabitkan mereka hingga membawa kepada laporan polis. Menerusi apa yang berlaku, dipercayai artis dan wanita terbabit adalah pasangan suami isteri. Namun, butiran lanjut tidak diketahui,” kata sumber itu.

Namun, ada desas-desus mengatakan rumah tangga mereka sedang bermasalah dan di ambang perceraian.

Bagaimanapun, kehadiran mereka berdua menonton pertandingan nyanyian membabitkan anak mereka yang juga seorang penyanyi wanita popular baru-baru ini menepis dakwaan itu.

Baca Lagi:
Budak 12 tahun maut terjatuh dari hotel tingkat 14
Isteri pendakwah Ustaz Farid Ravi meninggal dunia
Wanita ini ikhlas bagi suami kahwin lain, tapi syaratnya buat suami jadi meroyan