Arif Aiman tersenarai antara bintang muda termahal di Asia Tenggara, tempat ke-2 selepas pemain Thailand

Photo of author

By Syima Iza

Arif Aiman tersenarai antara bintang muda termahal di Asia Tenggara, tempat ke-2 selepas pemain Thailand. Saham bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus meningkat apabila dia tersenarai dalam 11 bintang muda termahal di Asia Tenggara.

Media Thailand, Main Stand menyenaraikan 11 nama pemain muda paling bernilai dengan Arif Aiman berada di kedudukan kedua selepas pemain muda Thailand, Suphanat Mueanta.

Arif Aiman yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia diletakkan nilai pasaran sebanyak 400,000 euro (RM1.8 juta).

Arif Aiman tersenarai antara bintang muda termahal di Asia Tenggara, tempat ke-2 selepas pemain Thailand

Nilai itu berdasarkan beberapa faktor terutama prestasi cemerlang Arif Aiman bersama skuad kebangsaan dan kelab JDT.

Selain itu, turut berada dalam senarai terbabit adalah pemain import Selangor FC dari Myanmar, Hein Htet Aung yang menduduki tempat ketiga dengan nilai pasaran RM811,017.

Anak kepada legenda Singapura, Ilhan Fandi pula menduduki di tangga kelapan dengan nilai pasaran RM695,203.

Baca Lagi:
Lelaki berzina di tandas surau, sebar gambar bogel kekasih di rotan 100 kali dan 42 bulan penjara
Pelajar cemerlang IPT maut jatuh bangunan tingkat 9
Adakah akan disaman jika gagal menunjukkan cukai jalan digital? Ini penjelasan Anthony Loke