Arif Aiman pamer kehebatan timbang bola atas salji

Arif Aiman pamer kehebatan timbang bola atas salji

Kehebatan bintang bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi bukan saja di atas padang rumput malah pemain lincah itu turut hebat memperagakan aksinya di atas salji.

Arif Aiman yang masih bercuti di Jepun ketika ini sempat mempamerkan kebolehan tinggi dengan menimbang bola biarpun di atas salji.

Situasi itu mungkin agak kekok buat pemain yang tidak pernah beraksi di atas salji yang licin sekali gus sukar untuk menyeimbangkan badan.

Arif Aiman pamer kehebatan timbang bola atas salji

Begitupun, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu langsung tidak menunjukkan sebarang masalah dengan mampu menimbang bola sambil menunjukkan skil individu menarik sebelum menyepak tinggi bola itu.

Kemampuan hebat tonggak kelahiran Pahang itu boleh dilihat dalam sebuah video yang dimuatnaik olehnya di laman Instagram Story miliknya itu.

Arif Aiman juga sempat bertemu seorang lagi bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang kini beraksi di Jepun bersama kelab Yokohama SCC di divisyen tiga negara Matahari Terbit itu.

@makanbolaplusArif Aiman Pamer Kebolehan Beraksi Atas Salju 🥶

♬ original sound – MakanBola

Untuk rekod, Arif Aiman sedang bercuti selepas selesai membantu skuad Harimau Malaya di Piala Asia di Qatar bulan lalu.

Di Qatar sebelum ini, pemain negara itu meledak satu gol ketika membantu Malaysia mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir kumpulan di Piala Asia.

Baca Juga:

Wanita Sepanyol dakwa titis air kencing di mata boleh pulihkan rabun

Pelajar 16 tahun ditahan, pandu pikap seludup ketum ke Thailand

Balang kuih raya ‘legend’ menggamit memori beraya bersama keluarga, letak kuih raya 2/3 hari pun tak lemau

CATEGORIES