Apple larang letak iphone dalam beras untuk keringkan telefon masuk air, ini cara betul yang ramai tak tahu

Apple larang letak iphone dalam beras untuk keringkan telefon masuk air, ini cara betul yang ramai tak tahu

Pelbagai masalah yang akan berlaku jika telefon dimasuki air seperti skrin mengalami ‘ghost touch’ dan mempunyai kesan berwarna hijau atau ungu.

Lama kelamaan, sebahagian kawasan pada skrin telefon tidak dapat berfungsi dan menjadi gelap secara keseluruhan.

Jika telefon dimasuki air secara sepenuhnya, berkemungkinan komponen dalaman turut basah dan menyebabkan telefon tidak dapat dihidupkan semula.

Apple larang letak iphone dalam beras untuk keringkan telefon masuk air, ini cara betul yang ramai tak tahu

Berdasarkan nasihat daripada para pengguna di internet, rata-rata menggunakan teknik beras untuk mengeluarkan air daripada telefon.

Dengan memasukkan telefon ke dalam bekas beras, butiran beras akan menyerap air yang terperangkap di dalam telefon dan anda boleh menggunakan telefon semula selepas beberapa hari.

Namun begitu, cara ini sebenarnya tidak boleh digunakan untuk pengguna yang menggunakan peranti iPhone. Apple sendiri melarang penggunaan beras sebagai agen pengering kerana zarah-zarah kecil yang terdapat padanya boleh merosakkan peranti terbabit.

Sebelum itu, anda perlu mengetahui indikator jika telefon milik anda sudah dimasuki air atas sebaliknya. Terdapat dua jenis amaran yang akan dikeluarkan menerusi paparan skrin iPhone iaitu:

1. Liquid detected in Lightning Connector – Amaran ini akan dikeluarkan jika anda menyambungkan aksesori Lightning pada iPhone anda dan cecair dapat dikesan.

2. Liquid Detected – Amaran ini terpapar apabila anda menyambungkan aksesori USB-C pada iPhone dan cecair dapat dikesan.

Jika anda mengecas iPhone ketika kabel Lightning atau USB-C basah, bahagian pin pada penyambung atau kabel itu sendiri akan berkarat.

Ini akan memberikan kerosakan kekal atau menyebabkannya gagal berfungsi serta menyukarkan proses penyambungan antara peranti anda dengan aksesori lain.

Apa yang perlu dilakukan jika iPhone atau aksesori telefon anda masuk air, kalau tak boleh pakai beras?

Pisahkan sambungan antara kabel dengan iPhone anda. Pada masa yang sama, cabut bahagian hujung kabel yang disambungkan pada punca kuasa ataupun aksesori.

Anda jangan sesekali menggunakan kabel berkenaan sehingga kedua-dua telefon dan kabel anda kering secara sepenuhnya.

Untuk mengeringkan peranti iPhone anda, ikutilah langkah-langkah yang disyorkan oleh Apple:

1. Ketuk iPhone anda secara perlahan-lahan pada tangan anda dengan memastikan bahagian tempat pengecasan menghadap ke bahagian bawah untuk membuang cecair pada peranti. Biarkan iPhone anda di tempat yang kering serta membolehkan aliran udara melaluinya.

2. Selepas sekurang-kurangnya 30 minit, cuba caskan telefon anda dengan menggunakan kabel atau sambungkan dengan aksesori lain.

3. Jika anda masih ternampak amaran yang sama terpampang pada paparan skrin anda, ini menunjukkan bahawa masih ada cecair yang terdapat pada bahagian penyambung ataupun pin pada kabel anda.

Biarkan iPhone anda di tempat yang kering dan ada aliran udara selama seharian. Sepanjang tempoh ini, anda boleh cuba untuk mengecas ataupun menyambungkan aksesori pada telefon anda. Berkemungkinan peranti tersebut memerlukan masa 24 jam untuk kering sepenuhnya.

4. Jika telefon sudah pun kering tetapi masih tidak dapat dicas, cabut kabel dari punca kuasa dan cabutkan juga punca kuasa daripada soket di dinding. Selepas itu, sambungkannya semula.

Jangan lakukan perkara ini sewaktu mengeringkan iPhone anda:
Selain letak dalam beras, pengguna iPhone juga tidak disarankan untuk mengeringkannya dengan menggunakan sumber haba luaran atau udara termampat seperti pengering rambut, vakum dan sebagainya.

Anda juga tidak boleh memasukkan sebarang bendasing seperti putik kapas dan kertas tisu ke dalam bahagian sambungan kabel.

Justeru, apa yang perlu dilakukan jika peranti anda tidak basah tetapi masih menunjukkan amaran yang sama?

Berkemungkinan kabel dan aksesori yang disambungkan mengalami kerosakan dan anda perlu menghubungi pengeluar untuk maklumat lanjut.

Namun, jika masalah ini hanya berlaku setiap kali anda ingin menyambungkan peranti dengan kabel atau aksesori, anda perlu menghubungi Apple Support.

Baca Juga:
4 tips cara basuh bantal kotor dengan betul supaya tidak rosak
Jangan sayang buang cili kering berkulat, boleh undang bahaya risiko hati rosak, kanser hempedu!
Balang kuih raya ‘legend’ menggamit memori beraya bersama keluarga, letak kuih raya 2/3 hari pun tak lemau
CATEGORIES