Apa salah anjing itu? Sampai kena rotan begitu teruk sekali!

Photo of author

By Syima Iza

Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular penderaan seekor anjing yang berlaku di taman perumahan Johor Jaya pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, laporan berhubung kejadian dibuat oleh seorang wanita warga tempatan berusia 49 tahun.

“Sebelum itu, video berdurasi 28 saat mempaparkan kejadian seorang individu merotan anjing peliharannnya tular di Facebook pada Sabtu.

Apa salah anjing itu? Sampai kena rotan begitu teruk sekali!

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di kawasan Taman Perumahan Johor Jaya kira-kira jam 9.30 malam, Khamis lalu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Sohaimi, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tiga tahun penjara atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015, jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan penganiayaan terhadap haiwan peliharaan dan meningkatkan kesederaan mengenai perlindungan terhadap haiwan.

Baca Juga:
YouTuber dakwa beli rumah banglo RM10 juta demi content, rupanya menyewa saja bukan owner pun!
Wanita maut dalam kemalangan go-kart ketika sambut hari lahir, rambut panjang tersangkut pada tayar
Baru 7 bulan berkahwin, wanita hamil 5 bulan dicekup berkhalwat dengan rakan sekerja