‘Apa masalah kau?’ – Pemandu undur kereta secara mendadak selepas bayar tol undang tanda tanya

Photo of author

By Syima Iza

Tindakan pelik seorang pemandu kereta yang mengundur kereta secara mendadak dan merempuh bas persiaran mengundang tanda tanya.

Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas video tersebut tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, insiden itu berlaku di Plaza Tol Tanjung Malim kira-kira jam 7.12 malam.

'Apa masalah kau?' - Pemandu undur kereta secara mendadak selepas bayar tol undang tanda tanya

Menurutnya, pemandu kereta Proton Saga itu dipercayai sedang membayar tol sebelum masuk ke dalam kereta dan mengundur secara mendadak. “Akibatnya, kereta itu merempuh bas di belakangnya. Bagaimanapun, kereta itu bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga pemandu bas persiaran. Kes disiasat oleh Unit Siasatan Lebuh Raya,” katanya semalam.

Menurutnya, usaha mengesan pemandu lelaki kereta itu masih diteruskan pihak polis.

Baca Juga:
Wanita Jepun masak ramen versi Malaysia bertukar menjadi ‘Sup Cendol’ buat netizen gelihati
Orang Korea jual ‘Lemang Instant’ selamba campak dalam api buat netizen terkejut
Isham Jalil label Rafizi ‘samseng kampung dusun’ takut berdebat di gelanggang neutral