Apa dah jadi dengan budak zaman sekarang?, cikgu pening tanda kertas exam pelajar

Photo of author

By Syima Iza

Apa dah jadi dengan budak zaman sekarang?, cikgu pening tanda kertas exam pelajar.

Bagi mereka yang bergelar pendidik, sudah pasti harapan terbesar adalah melihat setiap murid berjaya dalam pelajaran. Namun, mendidik anak muda bukanlah tugas mudah, apatah lagi jika berdepan dengan pelajar yang kurang berminat untuk belajar.

Antara cabaran yang sering dihadapi guru termasuk murid yang kerap ponteng, tidak menyiapkan tugasan, bersikap tidak beradab, malas belajar, dan pelbagai kerenah lain.

Apa dah jadi dengan budak zaman sekarang?, cikgu pening tanda kertas exam pelajar

Ramai Murid Biarkan Kertas Peperiksaan Kosong

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video oleh seorang guru lelaki, Cikgu Acap (@acapwaklu95), yang berkongsi situasi beliau menanda kertas peperiksaan Geografi bagi murid tingkatan dua.

Dalam video tersebut, Cikgu Acap kelihatan memangkah setiap jawapan salah yang diberikan oleh muridnya. Lebih mengecewakan, ada segelintir murid yang langsung tidak menjawab soalan, membiarkan kertas peperiksaan kosong tanpa sebarang usaha.

Menurut Cikgu Acap, beliau telah memberi peringatan agar murid tidak meninggalkan kertas kosong. Namun, ramai masih melakukan perkara tersebut, menunjukkan pelajar tidak bersedia atau tidak mengulang kaji sebelum peperiksaan.

“Geografi Banyak Soalan KBAT, Tapi Murid Tak Cuba Jawab”

@acapwaklu95 Peninggg… 💆‍♂️💆‍♂️💆‍♂️💆‍♂️ #geografi ♬ original sound – princess suzie pinky – ungkusuzieadriana3


Tambah beliau, subjek Geografi mengandungi banyak soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), yang mana pelajar sepatutnya boleh menjawab dengan menggunakan logik dan pemerhatian terhadap persekitaran, walaupun tidak membaca buku teks.

“Geografi banyak soalan KBAT. Boleh jawab je walaupun tak ulang kaji buku teks. Janji pandai kaitkan dengan sekeliling,” tulisnya di ruangan komen.

Situasi ini membuatkan Cikgu Acap berasa kecewa dan tertanya-tanya jika kaedah pengajaran beliau tidak berkesan.

“Sebagai pendidik, kecewa dengan keadaan sebegini,” katanya.

Orang Ramai Kecewa Sikap Pelajar Ambil Mudah
Ruangan komen video itu dihujani dengan reaksi orang ramai yang turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap sambil lewa segelintir murid terhadap pembelajaran.

“Pengalaman saya sebagai seorang ibu, budak-budak sekarang memang tak suka membaca sebab mereka lebih suka menghadap media sosial,” kata seorang wanita.

Ada juga yang mengaitkan situasi ini dengan pemansuhan peperiksaan bagi mengurangkan tekanan pelajar.

“Alasan sebab banyak tekanan. Padahal diri sendiri yang malas nak belajar,” ujar seorang pengguna TikTok.

Guru Lain Kongsi Pengalaman Sama
Beberapa guru turut berkongsi pengalaman mereka menghadapi situasi serupa.

“Sebagai cikgu, bila budak tak boleh jawab, kita yang mengajar ni rasa gagal. Rasa macam setahun ni mengajar sia-sia. Sediakan slaid dan fotostat kertas kerja macam tak ada fungsi. Alih-alih, dihantar kertas kosong,” luah seorang guru.

Kesimpulannya, cabaran mendidik anak muda hari ini memerlukan usaha lebih besar, bukan sahaja daripada guru, tetapi juga kerjasama ibu bapa dan pelajar sendiri untuk memastikan pendidikan mereka tidak terabai.

Apa dah jadi dengan budak zaman sekarang?, cikgu pening tanda kertas exam pelajar

Apa dah jadi dengan budak zaman sekarang?, cikgu pening tanda kertas exam pelajar

Baca Juga:
Suami ditahan selepas pelakon Zahnita Wilson dedah foto mata lebam
“Hebat orang lama”- Rumah Pokwe terapung lagi buat kali yang ketiga musim banjir
Senarai 7 tips penting sebelum makan & minum ketika musim banjir