Apa dah jadi dengan bola sepak Malaysia?, kali ni penyokong JDT pula yang kena

Photo of author

By Syima Iza

Insiden balingan objek didakwa berlaku selepas aksi Liga Super 2024-2025 antara Kuala Lumpur (KL) City dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi video di saluran YouTube, Fr7 Reborn, sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab didakwa bertindak membaling batu, suar dan mercun ke arah penyokong Harimau Selatan di luar stadium terbabit selepas perlawanan.

Namun, nasib baik insiden itu dikatakan tidak menjadi lebih buruk apabila tindakan kumpulan terbabit disedari oleh marsyal keselamatan stadium dan pihak berkuasa.

Apa dah jadi dengan bola sepak Malaysia?, kali ni penyokong JDT pula yang kena

JDT yang juga juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut meraih kemenangan besar dalam perlawanan itu apabila membenam KL City 5-1.

Fernando Forestieri dan Juan Muniz menyumbang dua gol buat Harimau Selatan manakala satu lagi gol skuad kendalian Hector Bidoglio diledak pemain gantian, Syahmi Safari.

Skuad City Boys yang dibimbing Miroslav Kuljanac memperoleh jaringan tunggal menerusi sepakan penalti kapten pasukan, Paulo Josue pada masa kecederaan babak pertama.

Ia bukan kali pertama insiden seumpama itu berlaku selepas aksi KL City dan JDT yang mana bas penyokong JDT pernah dilaporkan dibaling batu dalam aksi Liga Super musim lalu.

sumber:- BH

Insiden yang berlaku pada Mac tahun lalu itu menyaksikan bas yang membawa penyokong JDT dibaling batu hingga menyebabkan kerosakan pada cermin bas terbabit.

Baca Juga:
Mohon ‘roadtax’ percuma untuk anak ada kad OKU, ini syaratnya
Semua dia sapu, ini baru betul layak digelar ‘influencer’ nombor satu di Malaysia
Isi perut terkeluar, lelaki cedera parah tertusuk besi jambatan lama