Anwar yakin Nurul Izzah tak akan salah guna kuasa

Anwar yakin Nurul Izzah tak akan salah guna kuasa

Anwar yakin Nurul Izzah tak akan salah guna kuasa. PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa anaknya, Nurul Izzah tidak mungkin menyalahgunakan kedudukannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan, pelantikan Nurul Izzah tersebut adalah kerana kepakaran dimilikinya dan kedudukannya dalam jawatan itu untuk mengkritik serta meneruskan agenda tadbir urus yang baik.

“Tidak ada kemungkinan (Nurul Izzah) menggunakan kedudukan itu untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan mengenai tender, kontrak atau projek,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat PKR di sini hari ini.

Anwar yakin Nurul Izzah tak akan salah guna kuasa

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung kontroversi yang mengaitkan pelantikan Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan amalan nepotisme.

Tegas Anwar lagi, anak sulungnya itu juga tidak menerima sebarang elaun walaupun dilantik menjawat jawatan terbabit.

Sebelum ini, media mengesahkan Nurul Izzah telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri dan telah memulakan perkhidmatnya sejak 3 Januari lalu.

Baca Lagi:
Bank dah tak terima duit syiling ke? Bapa bengang kena reject 2 kali
Roti sosej berkulat: Zus Coffee mohon maaf, jelaskan keadaan sebenar
BERSATU mahu heret SPRM ke mahkamah
CATEGORIES