Anwar ucap tahniah kepada Michelle Yeoh, netizen pula mohon cuti peristiwa

Photo of author

By Syima Iza

Anwar ucap tahniah kepada Michelle Yeoh, netizen pula mohon cuti peristiwa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang ditabal selaku Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).

Michelle atau nama sebenarnya, Yeoh Choo Kheng, 61, memenangi anugerah tersebut menerusi lakonan sebagai Evelyn Quan Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once di Dolby Theatre, Los Angeles.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, pelakon kelahiran Ipoh itu juga merupakan pelakon pertama Asia memenangi anugerah berprestij itu.

Anwar ucap tahniah kepada Michelle Yeoh, netizen pula mohon cuti peristiwa

“Ternyata pencapaian ini amat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

“Besar harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan.

“Tahniah dan syabas dari seluruh rakyat Malaysia,” tulis Anwar hari ini.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen meminta agar Anwar mengumumkan cuti peristiwa sempena kejayaan membanggakan rakyat Malaysia di persada dunia.

Anwar ucap tahniah kepada Michelle Yeoh, netizen pula mohon cuti peristiwa

“Wajib bagi Public Holiday, Dato’ Seri. Bukan senang nak menang anugerah oscar ni,” tulis Fadzmi Fauzi.

“Cuti peristiwa Dato, harap dipertimangkan,” kata Ungku Farikhin Ungku Farikhin.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Gee Cg.

“Esok cutilah PMX (Perdana Menteri ke-10) untuk meraikan rakyat pertama yang memenangi Oscar Award,” jelasnya.

Baca Lagi:
Bungkusan ganja dihantar kepada Anwar, Rafizi, ini penjelasan polis
Polis buru wanita ‘berbogel’ cari buku dalam perpustakaan
Isu cukai Yayasan Albukhary: Muhyiddin tidak akan buat permohonan maaf kepada Guan Eng