Anwar minta saya siap sedia, cuti hampir tamat kata Maszlee

Anwar minta saya siap sedia, cuti hampir tamat kata Maszlee

Anwar minta saya siap sedia, cuti hampir tamat kata Maszlee. Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik membayangkan dia mungkin kembali berkhidmat dengan kerajaan baru selepas bertemu dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Maszlee menyiarkan beberapa siri gambar termasuk dirinya dan Anwar pada mesyuarat majlis pimpinan pusat (MPP) PKR.

“Kami di MPP PKR berdiri teguh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan keutuhan kerajaan perpaduan dan penerusan agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Anwar minta saya siap sedia, cuti hampir tamat kata Maszlee

“Ahli MPP bertekad untuk memastikan parti akan terus relevan dan menjadi parti pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air ini.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim bilang: “Just get ready, your sabbatical will soon be over!” (Bersiap sedia, cuti sabatikal kamu akan tamat tak lama lagi,” kata Maszlee pada hantaran di Facebook.

Tiada butiran lanjut diberikan tentang bila atau dalam bentuk apa Maszlee akan kembali bekerja untuk kerajaan.

Maszlee tidak berjaya mempertahankan kerusi Simpang Renggam pada pilihan raya umum ke-15, tewas kepada calon BN Hasni Mohammad.

Pada masa ini, Maszlee tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan.

Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook

Baca Lagi:
Geram dengan Ira Kazar, wanita ini nak ‘sondol’ Syamsul jadi isteri ketiga
Mayat remaja perempuan leher dijerut, separuh bogel ditemui dalam longkang
Disksun saman trafik sehingga 50 peratus bermula 10 Januari ini
CATEGORIES