Anwar dedah ada bekas menteri kewangan, bekas PM punggah kekayaan berbilion

Anwar dedah ada bekas menteri kewangan, bekas PM punggah kekayaan berbilion

Anwar dedah ada bekas menteri kewangan, bekas PM punggah kekayaan berbilion. Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan akan menamatkan amalan rasuah yang didakwanya menggunakan kepimpinan politik dan kedudukan dalam kerajaan sebagai “kesempatan untuk memunggah kekayaan.”

Walaupun Anwar tidak menyentuh secara langsung pentadbiran atau nama orang yang dimaksudkannya namun dia menyebut pihak itu sebagai “pernah menjadi menteri kewangan” dan “bekas perdana menteri.”

Kata Anwar, ini sebagai maklum balas terhadap “serangan” yang mengatakan seolah-olah pimpinan dalam kerajaan hari ini terpalit dalam hal-hal yang sedemikian.

Anwar dedah ada bekas menteri kewangan, bekas PM punggah kekayaan berbilion

“Saya nak sebut bahawa sikap kita jelas negara ini negara hukum, badan penguatkuasaan diberi kuasa sepenuhnya untuk memantau,” katanya ketika memberi amanat khas pada majlis munajat ambang tahun baru 2023 di Masjid Putra di Putrajaya malam ini.

Anwar berkata pentadbirannya akan meneruskan budaya kesederhanaan, jangan ada pembaziran, memantau semua GLC dan perbelanjaannya.

“Tetapi saya nak nasihat juga rakan-rakan saya yang lain, yang bercakap soal bersih dan hari-hari, saban hari menyerang beberapa tokoh dalam kerajaan perpaduan.

“Apatah lagi orang-orang yang pernah menjadi menteri kewangan, perdana menteri yang tatkala mereka berkuasa itu bukan dipungahnya ratusan juta ringgit, bilion ringgit dipunggah.

“Jadi saya nak nasihatkan bahawa kerajaan ini akan pastikan sekurang-kurangnya sebahagian daripada dana yang dipunggah itu dipulangkan semula kepada rakyat. Ini bukan kecil jumlahnya,” kata Anwar tanpa memperincikan dakwaannya.

Anwar dedah ada bekas menteri kewangan, bekas PM punggah kekayaan berbilion

Untuk rekod, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berdepan perbicaraan atas pertuduhan jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akalbudi.

Bagaimanapun, mahkamah tinggi telah membebaskan Zahid daripada satu lagi perbicaraan melibatkan 33 pertuduhan kes rasuah sistem visa asing (VLN).

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) antara yang lantang mengkritik pentadbiran Anwar.

Perdana menteri juga mengulas apabila ada yang mengatakan kepadanya bahawa perkara “yang lalu biar berlalu.”

“Saudara kalau ada kesan peribadi kepada saya, saya boleh maafkan, malah saya telah maafkan.
“Tapi kalau berterusan tentunya saya akan ambil tindakan,” tegasnya.

Perdana menteri berkata negara akan selamat, terangkat martabat serta harkatnya jika semua pihak mempunyai tekad untuk menghentikan amalan salah guna kuasa dan rasuah.

“Maka badan penguatkuasaan harus juga memikirkan bagaimana helah dan cara supaya jangan rakyat miskin tapi terpukau dengan janji dan slogan kononnya bersih, padahal diselaput dengan ratusan juta kekayaan yang dipunggah daripada mereka.

“Saya sebut hal ini, bahawa ni adalah tugas bersama.

“Ini bukan soal politik kepartian, ini tugas umat rakyat Malaysia kalau nak jamin negara ini selamat,” katanya.

Baca Lagi:
3 lelaki guna ‘dron’ bawa masuk barang terlarang ke penjara Machang di cekup polis
Pemilik gerai roti canai Transfer Road minta maaf setelah tular video dakwa tak cuci telur
Cincin tersekat di kemaluan, warga emas datang sendiri ke hospital minta bantuan
CATEGORIES