Anwar dedah ada ahli politik cium tangan taikun, tapi serang beliau bantu pesawah

Photo of author

By Syima Iza

Anwar dedah ada ahli politik cium tangan taikun, tapi serang beliau bantu pesawah. Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendakwa dia menerima kritikan sesetengah ahli politik kerana meminta usahawan untuk membantu pesawah miskin.

“(Tetapi) bila (usahawan itu) membantu ratusan juta kepada parti politik, mereka (ahli politik tersebut) cium tangannya,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran MRT Aliran Putrajaya di depot MRT Serdang, hari ini.

Anwar merujuk kepada pemilik Padiberas Nasional Bhd (Bernas) Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang sebelum ini dimintanya untuk menyalurkan RM60 juta daripada keuntungan yang diraih kepada pesawah.

Anwar dedah ada ahli politik cium tangan taikun, tapi serang beliau bantu pesawah

Menjadikan Yayasan Albukhary sebagai contoh, Anwar berkata negara memerlukan sistem perolehan yang lebih telus.

“Dia (Syed Mokhtar beri) RM200 juta masuk ke parti (politik), kita minta dia serahkan RM60 juta kepada pesawah.

“(Tetapi) mereka tak puas hati. Ada tokoh-tokoh politik yang menyerang saya (dengan mengatakan) saya ingin bertindak kepada seorang usahawan Melayu yang berjaya,” dakwa pengerusi PH itu.

Anwar pertama kali membangkitkan idea agar Bernas berkongsi keuntungannya dengan pesawah padi pada Julai lalu, ketika masih menjadi ketua pembangkang.

Selepas dilantik menjadi perdana menteri, dia menegur Syed Mokhtar berkenaan monopoli Bernas dalam import beras.

Dia juga berkata Syed Mokhtar akan membuat pembayaran sebanyak RM10 juta kepada pesawah yang miskin pada Disember 2022, dan tambahan RM50 juta tahun ini.

Syed Mokhtar memiliki 92 peratus saham Bernas yang dibelinya daripada Shahidan Kassim dan ahli perniagaan Tan Boon Seng pada 2014.

Baca Lagi:
Kakitangan Perhilitan maut keracunan makanan ketika menyertai pogram pemantauan di Gunung Gelamat
Pak guard selamba tegur ‘pontianak’ tengok tv tengah malam di Klinik, siap pesan ‘nanti tutup balik ya’
Datin Paduka Eina Azman muat naik video menangis, netizen mula risau harap bukan sebab ‘penyondol’