Anthony Loke terjah Batik Air, penumpang pesawat OD 7006 terkejut

Photo of author

By Syima Iza

Anthony Loke terjah Batik Air, penumpang pesawat OD 7006 terkejut. Sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 22 dan 23 Januari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi kejutan kepada penumpang penerbangan Batik Air OD 7006 dengan membuat pengumuman pra-berlepas.

Loke melangkah masuk ke dalam penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu itu dan membuat pengumuman pra-berlepas serta mendoakan semua penumpang selamat pulang.

“Tuan-tuan dan puan-puan, ini menteri pengangkutan kamu yang bercakap. Ini adalah penerbangan OD 7006 menuju ke Kota Kinabalu.

Anthony Loke terjah Batik Air, penumpang pesawat OD 7006 terkejut

“Sementara kami bersedia untuk berlepas, sila pastikan tali pinggang keledar anda diikat, tarik tempat duduk anda tegak. Sila ingat untuk mematikan semua peranti elektronik anda.

“Sila duduk, berehat dan selamat dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu. Selamat Tahun Baharu Cina,” katanya sebelum mendapat tepukan daripada penumpang penerbangan terbabit.

Video yang disiarkan di laman Facebook DAP pada Jumaat itu, kini mendapat 12 ribu tontonan dan berjaya menarik perhatian warganet.

Rata-rata warganet meninggalkan ucapan Selamat Tahun Baharu kepada Anthony Loke dalam ruangan komen.

Baca Lagi:
Bengang ditegur kerana bising, lelaki tetak pekerja restoran dengan parang
Pelajar sekolah rendah, OKU naik tren KTMB percuma bermula 15 Februari
Shah Rukh Khan pelakon terkaya di Asia, ke-4 dunia