Anthony Loke nafi DAP mahu campur urusan agama Islam, Ngeh Koo Ham terkhilaf

Anthony Loke nafi DAP mahu campur urusan agama Islam, Ngeh Koo Ham terkhilaf

Anthony Loke nafi DAP mahu campur urusan agama Islam, Ngeh Koo Ham terkhilaf.

Cadangan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung pelantikan pakar perundangan bukan Islam bagi menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah adalah satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa itu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam satu kenyataan berkata jawatankuasa terbabit ditubuhkan Majlis Kebangsaan Hal- Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertujuan menasihati majlis berkenaan dengan cadangan memperkasa bidang tugas Mahkamah Syariah.

Anthony Loke nafi DAP mahu campur urusan agama Islam, Ngeh Koo Ham terkhilaf

Justeru, penubuhan jawatankuasa itu, termasuk keanggotaannya dan cadangan jawatankuasa itu akan dirujuk kepada MKI untuk dipertimbang dan bukan terus kepada Kabinet.

“Sebarang cadangan oleh jawatankuasa itu yang membabitkan sebarang pindaan undang-undang perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk proses penggubalan rang undang-undang seperti biasa.

“Perlu ditegaskan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas ini bukan ditentukan oleh Jemaah Menteri tetapi oleh MKI dan mereka melapor secara langsung kepada MKI,” katanya.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan, berkata beliau sedar kenyataan Koo Ham itu akan menimbulkan polemik, kononnya DAP cuba mencampuri urusan agama Islam.

”Ini tidak benar sama sekali. DAP menghormati kebijaksanaan Tuanku Sultan Selangor dalam membuat sebarang keputusan mengenai urusan MKI.

“Masyarakat bukan Islam juga tidak perlu bimbang dalam perkara ini kerana jika sebarang pindaan undang-undang yang membabitkan hak bukan Islam, ia perlu diperhalusi dan diputuskan Jemaah Menteri dan seterusnya proses seperti biasa perlu dilaksanakan di Parlimen,” katanya.

Loke berkata, DAP komited terhadap prinsip menghormati antara satu sama lain dan keharmonian antara agama dan kaum adalah tanggungjawab semua pihak.

Sebelum ini, media melaporkan Koo Ham mencadangkan kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang ditubuhkan awal bulan ini.

Pemimpin DAP itu dipetik berkata, langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Baca juga:
Anwar tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh dalam dunia, duduki tangga ke-11
Sanggup berhabis ratusan ribu bina taman tema air di belakang rumah demi anak-anak
Penangan sardin masak kicap, wanita ini menjadi popular sekelip mata di TikTok
CATEGORIES