Annuar Musa sedia sertai mana-mana parti politik sebagai ahli biasa

Annuar Musa sedia sertai mana-mana parti politik sebagai ahli biasa

Annuar Musa sedia sertai mana-mana parti politik sebagai ahli biasa. Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bersedia untuk menyertai parti politik yang sudi menerimanya sebagai ahli biasa.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas tiga bulan ‘berehat’ daripada insiden pemecatan parti yang disertainya sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, dalam tempoh tersebut, beliau banyak memanfaatkan masanya dengan bermuhasabah diri sambil melihat perkembangan arus politik masa kini.

Annuar Musa sedia sertai mana-mana parti politik sebagai ahli biasa

“Sejak tahun 1979 (43 tahun lalu), saya menjadi ahli parti politik tertentu dan berkhidmat kepadanya, sehinggalah saya dibuang daripada parti tersebut Disember lalu.

“Kini sudah tiga bulan saya tidak berparti. Masa tersebut saya gunakan untuk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara.

“Tiba masanya untuk saya memikirkan secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Tambah Annuar, beliau mahu memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangannya, khususnya berjuang dalam menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara.

“Semoga ada parti yang sudi menerima saya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa mereka. Kepada ALLAH saya berserah,” ujarnya.

Baca Lagi:
Wanita ini ikhlas bagi suami kahwin lain, tapi syaratnya buat suami jadi meroyan
Wanita dipecat majikan sering ambil MC hari isnin dapat pampasan RM18,406
Anak stres mak ayah kawal duit, masa kahwin duit ‘salam kaut’ lesap dibuat pergi bercuti dan beli emas
CATEGORIES