Anggota separa tentera beli rokok RM1,063 guna duit syiling, juruwang lapor polis

Anggota separa tentera beli rokok RM1,063 guna duit syiling, juruwang lapor polis

Perbuatan seorang anggota separa tentera yang membeli rokok menggunakan duit syiling di sebuah pasar mini di Indonesia mengundang perhatian orang ramai, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @infookutiimur, lelaki mengenakan pakaian seragam separa tentera Pemuda Pancasila itu membeli beberapa kotak rokok berharga 3.7 juta rupiah (RM1,063).

Dia kemudian mengeluarkan satu bungkusan plastik berwarna hitam berisi duit syiling untuk melakukan pembayaran.

Anggota separa tentera beli rokok RM1,063 guna duit syiling, juruwang lapor polis

Kejadian menjadi aneh apabila dia menghalang juruwang tersebut untuk mengira jumlah duit itu.

Lebih mengejutkan, askar berkenaan mengaku duit di dalam plastik itu tepat berjumlah 3.7 juta rupiah (RM1,063).

Selepas juruwang nekad mahu menghubungi polis, dia beredar dari kedai itu bersama duit syilingnya.

Rakaman itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

“Seragam Pemuda Pancasila kenapa warna merah hitam? Biasanya warna jingga hitam,” kata seorang pengguna laman sosial.

“IQ nya tinggi,” kata netizen lain.

Baca Juga:
Bayaran upah tak berbaloi, lebih 100 pekerja protes di depan ibu pejabat Foodpanda
Saya tak ada wang ringgit, tapi saya ada Allah” – Bekas pembantu peribadi Aliff Syukri
Ramai ‘sentap’ lihat warga asing makan nasi berlaukkan air kosong
CATEGORIES