Anggota polis tolak ‘wang kopi’ dari pemandu wanita dapat pujian orang ramai

Anggota polis tolak ‘wang kopi’ dari pemandu wanita dapat pujian orang ramai

Anggota polis tolak ‘wang kopi’ dari pemandu wanita dapat pujian orang ramai.

Tindakan anggota polis menolak cubaan sogokan selepas menahan seorang pemandu yang gagal memakai tali pinggang keledar dengan tertib mendapat pujian orang ramai.

Meskipun ditawarkan ‘wang kopi’, anggota tersebut terus mempertahankan integriti dengan menolak rasuah tersebut.

Anggota polis tolak 'wang kopi' dari pemandu wanita dapat pujian orang ramai

Video berdurasi 35 saat itu memaparkan keadaan di mana seorang pemandu kereta wanita gagal memakai tali pinggang keledar dengan betul ketika ditahan.

Anggota polis yang menghampiri kenderaan itu dengan tenang mengarah wanita terbabit memperkemaskan pemakaian tali pinggang keledar.
Wanita itu turut dilihat cuba menawarkan wang untuk mengelakkan diri daripada disaman, namun ditolak dengan cara yang baik sebelum diminta akur menerima saman atas kesalahannya.

Perkara tersebut dikongsikan laman Facebook Friends of PDRM yang mana setakat ini mendapat 150 tanda suka dan 4,500 jumlah tontonan.

“Salah orang puan. Sila bayar saman ya. Tabik hormat untuk anggota yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.

“Apakah masyarakat tahu perbuatan memberi rasuah adalah satu jenayah?

“Kesalahan pemberi adalah sama dengan yang menerima rasuah dan jika disabitkan, seseorang itu akan berhadapan hukuman berat termasuk dipenjara dan didenda,” katanya dalam hantaran itu.

Baca Juga:
Ini 16 senarai kesalahan enakmen syariah Kelantan yang terbatal dan tidak sah
Guru jamah makanan agar-agar santan yang dibawa anak muridnya dapat pujian ramai
Ramai yang tak tahu cara sebenar hilangkan hitam di papan pemotong
CATEGORIES