Anggota polis tergamak hentak kepala ibu kandung dengan tong gas hingga maut

Photo of author

By Syima Iza

Anggota polis tergamak hentak kepala ibu kandung dengan tong gas hingga maut.

Seorang anggota polis tergamak membunuh ibu kandungnya dengan menghentam kepala wanita berkenaan sebanyak tiga kali menggunakan tabung gas dalam kejadian menggemparkan pada akhir minggu lalu.

Ajun Inspektur Polisi Dua (Aipda) Nikson Pangaribuan atau Ucok, 41, melakukan perbuatan tersebut di Kampung Rawajamun, Desa Dayeuh, Kecamatan Cileungsi, Kabupaten Bogor, Jawa Barat di Indonesia.

Anggota polis tergamak hentak kepala ibu kandung dengan tong gas hingga maut

Suspek telah diberkas pihak berkuasa dan disahkan sebagai anggota yang berkhidmat di Kepolisian Resort Metro (Polrestro) Bekasi.

“Dia kini sedang disoal siasat dan dikaitkan dengan kes pelanggaran kod etika. Beberapa saksi turut dipanggil untuk memberi keterangan.
“Siasatan awal mendapati pembunuhan itu berlaku setelah bertengkar dengan mangsa,” kata jurucakap polis, Bambang Satriawan pada Isnin.

Menurutnya, insiden itu terjadi di warung milik mangsa, Herlina Sianipar, 61, ketika dia sedang melayani pelanggan.

“Nikson datang dari arah belakang lalu menolak ibunya hingga jatuh tersungkur ke lantai. Seperti kerasukan, dia menghentam kepala ibunya dengan tabung gas seberat tiga kilogram sebanyak tiga kali,” ujarnya lagi.

Seorang pelanggan turut menyaksikan kejadian tersebut, namun tidak berbuat apa-apa kerana takut.

Saksi hanya memaklumkan kepada penduduk sekitar setelah suspek melarikan diri dengan kenderaan pikap Suzuki.
Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia.

Baca Lagi:
Hukum kumpul patung Labubu bagi umat Islam yang ramai belum tahu
Tular dua lelaki jalan kaki dari Malaysia ke Mekah untuk tunai Haji tahun 2025
Hanya dicaj RM20, orang ramai berebut dapatkan servis ‘tolong beratur’ di restoran Sukiya, Shah Alam