Anggota polis dibakar isteri kerana kuat main judi online

Photo of author

By Syima Iza

Seorang isteri sanggup membakar suaminya yang juga merupakan anggota polis di kediaman mereka di Kompleks Asrama Polis Polres Mojokerto pada Sabtu.

Susulan kejadian itu, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Briptu RDW, 28, sempat dikejarkan ke hospital Kota Mojokerto, namun dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami kesan melecur yang teruk.

Menurut Ketua Polis Mojokerto Kota, AKBP Daniesl S Marunduri, siasatan menyeluruh sedang dilakukan dan siasatan awal mendapati pelaku melakukan perbuatan itu kerana konflik rumah tangga.

Anggota polis dibakar isteri kerana kuat main judi online

“Ya, isterinya juga bertugas sebagai polis. Kini, penyiasat kami sedang menyelidik punca sebenar kejadian dan kronologi insiden itu secara teliti,” katanya kepada media tempatan.

Dalam perkembangan terbaru, polis mengesahkan bahawa tindakan itu dilakukan kerana suaminya suka bermain judi online.

“Wang gajinya habis malah tidak mampu untuk diberikan wang biaya kepada tiga anak mereka,” katanya.

Wanita berkenaan kini telah ditahan polis dan mengalami trauma yang teruk disebabkan oleh perbuatannya.

Baca Juga:
Katak sebesar bayi manusia ditemui di Pulau Solomon “rasanya lebih sedap daripada ayam”
Parking kereta tak tarik handbrake, dua penunggang motosikal rempuh kereta mengundur
Pesawat mendarat cemas ‘hidung’ tercabut selepas rempuh hujan batu