Anggota polis cedera parah ditikam dalam operasi dadah

Photo of author

By Syima Iza

Anggota polis cedera parah ditikam dalam operasi dadah.

Seorang anggota polis berpangkat konstabel parah ditikam di bahagian rusuk belakang dalam Op Tapis Khas Se-Malaysia di tempat letak kereta berbayar, Jalan Ungku Puan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang berusia 22 tahun itu mengalami luka dalaman selepas ditusuk menggunakan pisau dalam kejadian jam 2.30 pagi.

“Insiden berlaku semasa mangsa dan rakan setugas yang lain sedang membuat pemeriksaan terhadap tiga individu termasuk suspek disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Anggota polis cedera parah ditikam dalam operasi dadah

“Secara tiba-tiba suspek dipercayai warga tempatan cuba melarikan diri dan telah berlaku pergelutan sehingga mangsa ditikam oleh suspek.
“Seorang anggota telah datang membantu mangsa tetapi suspek berjaya melarikan diri.

“Anggota polis terbabit telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan. Doktor memaklumkan keadaan mangsa stabil,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Raub, polis sedang giat mengesan suspek.

“Suspek berpakaian baju lengan panjang berwarna hitam, seluar jeans panjang warna hitam, berselipar, memakai snowcap dan berpelitup muka juga berwarna hitam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Noor Azlinda Mohd Khalid 017-2765250,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Pelajar 13 tahun melahirkan anak ketika menjawab kertas peperiksaan
Chef kongsi ilmu ‘pengasih’ masak nasi putih sedap buat isteri untuk tambat hati suami
Pengemis terkaya di dunia, hanya mengemis di stesen keretapi miliki kekayaan lebih RM4.2 juta