
Anggota JPJ terpelanting, kepala terhantuk di jalan selepas kena rempuh penunggang motosikal ketika sekatan
Anggota JPJ terpelanting, kepala terhantuk di jalan selepas kena rempuh penunggang motosikal ketika sekatan.
Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas dirempuh seorang penunggang motosikal dalam operasi sekatan jalan raya di sini.
Video tular berdurasi lima saat itu memaparkan anggota penguat kuasa JPJ tersebut terpelanting dan terhantuk di kepala selepas dilanggar penunggang motosikal yang dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.
Turut tular satu video berdurasi 20 saat memaparkan anggota itu dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan oleh rakan sepasukan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Sinar Harian difahamkan JPJ akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat berkaitan insiden itu.
Kasihan abang @jpjmalaysia . Kejadian berlaku di Negeri Sembilan.
Difahamkan penunggng motosikal itu tiada lesen memandu dan tiada insurans kenderaan.
‘Masak’ lah dik, menjawab lah nanti. pic.twitter.com/6OAZMscSQv
— Kosmo! Online (@kosmo_online) September 17, 2023