Aney ‘one by one’ dah banyak berubah, siap bagi nasihat kepada anak muda

Photo of author

By Syima Iza

Inthiran, yang sebelum ini terkenal dengan panggilan “lelaki singlet putih”, juga menasihati orang ramai agar mengelakkan diri daripada berkawan dengan rakan-rakan yang negatif.

Lelaki singlet putih yang sebelum ini tular kerana video pergaduhannya bersama seorang peniaga kedai runcit di Pulau Pinang, kini menjadi seorang influencer yang dikenali ramai.

Itulah rezeki yang dimiliki Inthiran, 39, apabila kesan terhadap videonya “one by one gentlemen” yang tular itu telah mengubah kehidupannya.

Aney 'one by one' dah banyak berubah, siap bagi nasihat kepada anak muda

Kini, wajah Inthiran kerap kali dilihat di media sosial terutamanya TikTok, dalam mempromosikan kedai-kedai makan seperti Pak Mat Western dan banyak lagi.

Lelaki Singlet Putih Beri Nasihat kepada Anak Muda

Terbaharu, Inthiran menerusi satu temu bual bersama pusat gimnasium Grand Empire di Bukit Tinggi, Pahang, telah memberi nasihat kepada anak muda untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti negatif yang boleh membinasakan diri.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @thiran1040, dia menasihati anak muda di Malaysia agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah, alkohol, dan rokok.

“Anak-anak muda perlulah bekerja keras untuk mengharumkan nama keluarga, masyarakat, dan negara. Anak-anak muda adalah harapan negara pada masa akan datang,” katanya.

Inthiran Akui Kesilapan Pilih Rakan, Nasihat Orang Ramai Agar Tidak Melakukannya

Menurutnya lagi, dia turut menasihati orang ramai agar mengelak daripada berkawan dengan rakan-rakan yang negatif, seperti mengajak untuk menghisap rokok.

Inthiran mengakui kesalahan sedemikian telah dilakukan olehnya sebelum ini apabila rakan-rakannya sering mengajaknya untuk meminum minuman keras.

“Selepas ini saya memang tak nak berkawan dengan kawan-kawan yang mengajak minum arak. Jadi, saya nak kembali seperti asal.

“Selepas ini saya ingin pergi ke gimnasium, bersukan, dan meneruskan kehidupan seperti dahulu,” katanya lagi.

Inthiran Miliki Diploma dalam Bidang Logistic and Supply Chain dengan CGPA 3.73

Berkongsi mengenai latar belakangnya pula, Inthiran dilahirkan dan membesar di Pulau Pinang, selain memiliki sijil diploma dalam bidang Logistic and Supply Chain di Politeknik Seberang Perai dengan CGPA 3.73.

Anak jati Pulau Pinang ini sememangnya berminat dalam aktiviti-aktiviti sukan dan seni mempertahankan diri seperti Karate, bermain gimnasium, trekking, serta banyak lagi.

Baca Juga:
Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia
Rider berkelakuan pelik hantar makanan jam 2 pagi minta tumpang tandas, wanita minta bantuan pak guard
Boss Ned bekas suami Nora Danish masuk ICU