Anakku sebenarnya anak saudaraku, suamiku juga abang iparku

Anakku sebenarnya anak saudaraku, suamiku juga abang iparku

Anakku sebenarnya anak saudaraku, suamiku juga abang iparku. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan perkahwinan seorang lelaki dengan adik iparnya sendiri, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Kisah pasangan itu dimuat naik oleh seorang jurusolek bernama Fietry Kitty dalam akaun TikTok miliknya @fietrykitty.

“Anak saya adalah anak saudara saya. Suami saya adalah abang ipar saya,” demikian kapsyen video tersebut.

Anakku sebenarnya anak saudaraku, suamiku juga abang iparku

Gambar hiasan

Berdasarkan rakaman tersebut, pengantin perempuan yang berbaju serba putih bergambar bersama pengantin lelaki yang memakai sut hitam. Kelihatan anak kepada lelaki tersebut turut berada di lokasi kejadian.

Wolipop kemudian menghubungi Fietry Kitty untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kisah pasangan tersebut.

Menurut Fietry, lelaki itu berkahwin dengan adik iparnya selepas isterinya meninggal dunia.

Wanita itu menerima lamaran demi meneruskan perjuangan membesarkan anak kakaknya.

@fietrykitty Takdir tidak ada yg tau… kmn arahx.. #fyp #turunranjang #takdircinta #pengorbanancinta #pengantinmadura #maduraviral ♬ BUKAN TAK MAMPU Reff – awanku.id

Majlis perkahwinan mereka dikatakan berlangsung pada 18 Mac lalu di kawasan berhampiran Jambatan Suramadu.

Tambah Fietry, keluarga dan tetamu jemputan yang hadir turut terharu apabila majlis resepsi berlangsung.

Baca Lagi:
Lelaki Jepun selamber jer daki Gunung Kinabalu pakai sut
Isteri curang berzina ketika suami merantau ke Malaysia dirotan 100 kali
Kanak-kanak ‘kantoi’ cubaan melarikan diri hari pertama persekolahan
CATEGORIES