Anak sulung Safawi Rasid jadi perhatian ramai lepas isteri kongsi wajah anak ada ‘jawline’.
Hampir sebulan menimang cahaya mata, pempengaruh Syifa Melvin dan suami yang juga pemain bola sepak, Safawi Rasid mendedahkan wajah bayi sulung mereka.
Bayi yang diberi nama Saif Sulaiman itu lahir lebih awal dari tarikh jangkaan.
Comelnya Saif, sedap dan indah namanya, kan?
Perkongsian yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya itu nyata meraih perhatian ramai.
“Bismillahi masya-ALLAH, inilah cinta baru dalam hidup kami Saif Sulaiman Safawi.
“Membesar dengan baik dan sihat anak,” demikian tulis Syifa menerusi kapsyennya.
Selain memiliki kulit yang putih, pandangan sisi bayi yang kini berusia 23 hari itu menampakkan jawline atau tulang rahangnya yang runcing dan tajam.
Bukan itu sahaja, mereka turut mewujudkan satu akaun khas atas nama Saif.
Sekadar makluman, isteri kesayangan Safawi Rasid itu bersalin pada 30 September lalu yakni beberapa minggu dari tarikh jangkaan.
Berikut beberapa komen daripada warga maya usai melihat gambar bayi sulung pasangan itu:
‘Masya-ALLAH dari sisi macam Arab sikit. Semoga besar jadi anak soleh.’
‘ Masya-ALLAH hensemnya Saif. Kecil-kecil sudah ada jawline.’
‘ Masya-ALLAH jawline dia. Okey Mierulaiman sudah boleh pencen ni.’
‘Kecil-kecil sudah ada jawline, ikut ayahnya ni.’
‘ Amboi bukan main jual jawline. Comel sangat .’
‘ Cantiknya nama. Assalammualaikum Saif Sulaiman. ‘
‘ Masya-ALLAH, Assalammualaikum baby Saif. Dagu runcing ni. Semoga jadi anak yang soleh.’