Anak stres mak ayah kawal duit, masa kahwin duit ‘salam kaut’ lesap dibuat pergi bercuti dan beli emas

Anak stres mak ayah kawal duit, masa kahwin duit ‘salam kaut’ lesap dibuat pergi bercuti dan beli emas

Anak stres mak ayah kawal duit, masa kahwin duit ‘salam kaut’ lesap dibuat pergi bercuti dan beli emas. Perbalahan dan salah faham sesama ahli keluarga ada kalanya tidak dapat dielakkan.

Namun begitu, persengketaan tersebut jika tidak dibendung boleh bertukar serius sehingga menyebabkan terputusnya pertalian darah.

Begitulah kisahnya untuk wanita ini yang menceritakan bagaimana darah daging sendiri sanggup mengambil hak dan mengawal perbelanjaan peribadinya.

Anak stres mak ayah kawal duit, masa kahwin duit 'salam kaut' lesap dibuat pergi bercuti dan beli emas

Gambar hiasan

Melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, wanita itu mengatakan dia mendapat tentangan daripada ahli keluarganya kerana membuat pelaburan ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Menurut wanita tersebut, ibu bapanya mengatakan wang yang disimpan itu sepatutnya digunakan dengan cara yang lebih bermanfaat.

“Selama ni mak, ayah dan kakak-kakak saya selalu kawal apa yang saya nak. Kewangan dan segalanya. Sampai saya terpaksa curi-curi simpan duit dalam ASB. Masa belajar tak boleh buat pinjaman ASB.

“Jadi duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan duit pendapatan sampingan saya masukkan dalam ASB.

“Apabila keluarga tahu, mereka kata saya membazir. Kata mereka lebih baik beli emas,” ujar wanita itu kecewa kerana tindak-tanduknya dikekang keluarga.

Anak stres mak ayah kawal duit, masa kahwin duit 'salam kaut' lesap dibuat pergi bercuti dan beli emas

Isu wanita itu bersama keluarganya meruncing apabila mereka turut campur tangan dalam urusan perkahwinannya.

“Sebulan sebelum kahwin, mak ayah saya guna duit hantaran sampai saya terpaksa minta bantuan suami. Saya juga kena keluarkan simpanan ASB untuk bayar baki majlis semua tu.

“Lepas tu, duit salam kaut yang tetamu bagi kepada tuan rumah pun mereka pakai pergi bercuti dan beli emas.

“Saya tak dapat apa pun. Sedih saya. Saya dengan suami kena cari lagi duit nak bayar baki majlis,” kata wanita itu luluh hati apabila haknya dirampas keluarga sendiri.

Anak stres mak ayah kawal duit, masa kahwin duit 'salam kaut' lesap dibuat pergi bercuti dan beli emas

Tidak cukup setakat itu, wanita tersebut juga mendakwa keluarganya berang kerana dia membuat pinjaman ASB sebanyak RM30,000 untuk membiayai pelaburannya.

“Saya buat pinjaman ASB supaya ada simpanan akan datang. Suami saya pun dah lama buat pinjaman ASB. Saya buat RM30,000 dan sebulan bayar RM150.

“Tiba-tiba surat sampai dekat kampung dan mak ayah call tanya kenapa buat personal loan sampai RM30,000, dikatakan membazir buat simpanan tu.

“Mereka cakap dekat saya lebih baik pakai duit tu untuk bayar hutang majlis atau bagi sikit dekat mereka.

“Mereka ada juga cakap lebih baik beli emas boleh pajak, depan suami saya mereka boleh cakap macam tu,” ujar wanita itu seperti tidak percaya ibu bapanya sanggup berkata sedemikian.

Wanita itu mengakui dia berasa sedih dikongkong oleh ibu bapanya walaupun sudah memasuki alam dewasa dan berumah tangga.

“Saya sedih sangat apabila ibu bapa saya marah sebab saya buat pinjaman ASB tu.

“Umur saya 27 tahun, dah kahwin dah pun, cuba untuk bina kehidupan sendiri perlahan-lahan.

“Tapi mungkin sebab saya kerja biasa, mak dengan kakak-kakak kerja kerajaan, gaji cuma RM1,500,” kata wanita itu menutup perkongsian dengan rasa rendah diri.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berbincang mengenai siapa yang mempunyai hak ke atas wang sumbangan atau sering disebut sebagai ‘duit salam kaut’.

“Duit salam kaut adalah milik siapa yang keluarkan wang untuk bayar kos kenduri.

“Since memang itu tujuan salam kaut kan? Bantu ringankan kos kenduri, sebab kita dah datang makan, hulur la duit.

“Duit salam kaut jatuh kepada siapa yang banyak keluarkan perbelanjaan untuk kos kenduri.

“Orang dulu, mak ayah yang dapat salam kaut sebab mak ayah raikan anaknya kahwin dengan adakan kenduri.

“Tapi sekarang ramai pengantin yang keluarkan belanja sendiri guna wang simpanan atau wang hantaran, jadi salam kaut patut dapat ke pengantin,” kata sebahagian warga maya.

Baca Lagi:
Isteri mengamuk pecahkan cermin kereta selepas suami kantoi bersama perempuan lain dalam kereta
Cleaner jumpa duit syiling tahun 1930 berharga RM177,200 sekeping semasa bersihkan rumah majikan
‘Handsome dan cantik’ Pengguna laman sosial puji gambar lama Anwar, Wan Azizah semasa belanjawan
CATEGORIES