Anak skandal tuntut kubur Pele digali semula

Photo of author

By Syima Iza

Anak skandal tuntut kubur Pele digali semula

Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai ‘anak hasil hubungan sulit’ ikon bola sepak Brazil, Pele menuntut agar menggali semula kubur mendiang berkenaan yang meninggal dunia lebih setahun yang lalu.

Peguam Maria do Socorro Azevedo berkata, ujian awal DNA adalah negatif, namun keputusan terbaharu menunjukkan kemungkinan besar ada pertalian darah.

Anak skandal tuntut kubur Pele digali semula

“Kami tiada pilihan lain untuk menyelesaikan perkara itu. Sebelum ini, Pele bersetuju untuk menjalani ujian DNA, namun beliau meninggal dunia sebelum prosedur itu dapat dijalankan,” ujar Marcos Fernando dos Santos Sousa mewakili anak guamnya.

Pada akhir minggu lalu, wanita itu mengaku kepada umum tentang status dirinya ketika muncul pada sebuah program TV tempatan.

“Saya tidak berminat dengan wang tinggalannya. Mendiang ibu saya tidak pernah memberitahu kepada Pele tentang kehamilannya selepas mereka menjalinkan hubungan cinta di Sao Luis di negeri Maranhao,” katanya.

Tambahnya, dia pertama kali membuat keputusan untuk membuat ujian DNA pada 2019 ketika bekerja sebagai amah di Sao Paulo dan disusuli dengan tuntutan paterniti, kira-kira lima tahun lalu.

Pele yang diangkat sebagai pemain terhebat sepanjang zaman menghembuskan nafas terakhir pada 29 Disember 2022 ketika berusia 82 tahun dilaporkan meninggalkan 30 peratus harta miliknya kepada isteri ketiga beliau, Marica Aoki manakala bakinya dibahagikan antara tujuh anak dan dua cucunya.

Harta tinggalannya dianggarkan bernilai kira-kira 78 juta pound (RM471 juta).

Jika Maria diiktiraf sebagai anak kelapan Pele, wanita itu boleh membuat tuntutan bahagian harta pusaka daripada adik-beradiknya yang lain.

Baca Juga:
Suami beli patung seks kerana isteri tolak hubungan intim tak mahu mengandung
Kakak Bella gagal kawal emosi jerit ‘Pembunuh’ setelah keluar dari mahkamah
Kejam! Kucing dibuang dalam beg bagasi, terperangkap lebih 6 jam sebelum dijumpai