Anak sedang masak di dapur hidu bau busuk, rupa-rupanya pocong mengintai di balik tingkap

Anak sedang masak di dapur hidu bau busuk, rupa-rupanya pocong mengintai di balik tingkap

Seorang wartawan di Kota Batu, wilayah Jawa Timur, berkongsi gambar memaparkan penampakan lembaga dipercayai pocong sedang mengintai di luar rumahnya, lapor laman berita Media Online Indonesia kelmarin.

Gambar itu dirakam secara tidak sengaja.

Wartawan bernama Agus Adianto itu berkata, kejadian berlaku pada waktu tengah malam Sabtu lalu. Ketika itu, dia sedang merakam gambar anaknya yang tidur di ruang tamu.

Anak sedang masak di dapur hidu bau busuk, rupa-rupanya pocong mengintai di balik tingkap

“Awalnya, saya tidak menyangka gambar ini akan mempunyai susuk pocong di luar rumah. Selepas saya bertanyakan jiran-jiran, mereka berkata bahawa penampakan itu kerap berlaku,” katanya.

Tambah Agus, sebelum gambar itu dirakam, anak sulungnya ada mengadu menghidu bau busuk yang menusuk hidung.

“Waktu kejadian sekitar pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan). Anak saya sedang memasak mi segera di dapur dan tiba-tiba tercium bau menusuk hidung.

“Tidak lama kemudian, kami terdengar bunyi ‘duk-duk’, namun tidak menghiraukan hal itu,” ujarnya.

Tambah Agus, dia dan keluarganya tidak mempunyai masalah dengan gambar tersebut.

“Sebagai orang Islam dan percaya akan kewujudan makhluk halus, kita tidak perlu takut kerana darjat kita lebih tinggi daripadanya,” ujarnya.

Baca Juga:

Pemandu e-hailing burukkan Malaysia, hina agama Islam depan pelancong dikecam
Kereta dilarikan di stesen minyak Kuantan, wanita kejar perompak sampai ke jalan raya
‘Video lucah dikongsi percuma tapi kalau nak tengok penuh, kena bayar RM400’ – Kumpulan tukar pasangan suami isteri dicekup
CATEGORIES