Anak PM jadi mangsa buli pengguna jalan raya

Anak PM jadi mangsa buli pengguna jalan raya

Anak PM jadi mangsa buli pengguna jalan raya. Anak Perdana Menteri, Nurul Ilham Anwar pada Jumaat mendakwa beliau telah menjadi mangsa buli pengguna jalan raya.

Beliau yang merupakan anak keempat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Twitternya pada Jumaat.

Berdasarkan perkongsian video berdurasi 14 saat itu, pemandu sebuah kenderaan jenama Proton telah beberapa kali menekan brek di lorong laju.

Anak PM jadi mangsa buli pengguna jalan raya

Menurut Nurul Ilham, tindakan berkenaan amat berbahaya tambahan anaknya yang berusia dua tahun turut berada di dalam kenderaan.

“Saya biasanya tidak menyiarkan perkara ini tetapi saya dibuli di jalan raya hari ini. Kereta ini terus menekan brek di lorong terpantas.

“Sangat berbahaya dan saya mempunyai anak yang berumur 2 tahun bersama saya. Berada di sana selama satu minit sebelum dia bertukar ke lorong seterusnya,” katanya.

Tambahnya, kejadian tersebut dikesan bermula dari sebuah plaza tol apabila pemandu kereta terbabit telah membunyikan hon ke arah kenderaannya.

“Mula-mula nampak kereta ini dekat pintu tol apabila dia membunyikan hon ke arah saya untuk menuju ke lorong Touch N Go.

Baca Lagi:
Wanita diceraikan talak tiga selepas suami ‘kantoi’ bercinta dengan bini orang
Motosikal rempuh BMW, kanak-kanak tak pakai topi keledar tercampak ke jalanraya
Mayat dikerat enam ditemui dalam bagasi tepi Lebuhraya Utara-Selatan
CATEGORIES