Anak patung gerak kepala sendiri, rakaman CCTV jadi bualan penduduk taman

Photo of author

By Syima Iza

Anak patung gerak kepala sendiri, rakaman CCTV jadi bualan penduduk taman.

Dunia yang kita diami buat sementara waktu ini bukan sahaja menjadi tempat tinggal makhluk yang boleh dinampak, bahkan ia menjadi tempat tinggal makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Baru-baru ini tular dua video rakaman CCTV di mana pemilik rumah terkejut apabila mendapati berlaku kejadian paranormal semasa meninggalkan rumah pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Anak patung gerak kepala sendiri, rakaman CCTV jadi bualan penduduk taman

Menerusi dua video yang dimuat naik Twitter @terbang.md terdapat dua aktiviti paranormal berlaku pada almari-almari yang ada di dalam rumah tersebut.

Pertama, kepala anak patung yang berada di dalam almari di ruang tamu tiba-tiba berpusing menoleh ke arah kanan dengan sendirinya, seolah-olah memandang ke arah kamera CCTV.

Kedua, terdapat satu kelibat hitam muncul pada cermin kabinet almari yang berada di kawasan ruang makan. Rupa paras entiti itu seperti seorang wanita berambut panjang.

Tambah ciapan @terbang.md lagi, anak patung yang bergerak itu hilang daripada almari semasa mencarinya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ramai berasa seram dan naik bulu roma apabila melihat kedua-dua video tersebut.

Anda boleh reaksi-reaksi yang dikongsikan netizen di bawah. Ada yang pernah terkena situasi paranormal seperti ini lebih-lebih lagi melibatkan anak patung.

Baca Lagi:
Pembunuhan kejam, mayat lelaki perut terbelah, leher digantung dengan batu ditemui
Kisah benar ‘Pakcik’ minta jururawat ajar mengucap sebelum meninggal dunia
Anggota polis cedera parah ditikam dalam operasi dadah