Anak mohon doa orang ramai, peguam ‘Kotak Pensel’ dikejarkan ke hospital

Photo of author

By Syima Iza

Anak mohon doa orang ramai, peguam ‘Kotak Pensel’ dikejarkan ke hospital.

Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Peguam Kotak Pensel’, telah dikejarkan ke hospital semalam. Berita itu dimaklumkan oleh anaknya, Eva Zarina, melalui akaun TikTok miliknya.

“Saya ingin memohon kebaikan semua untuk mendoakan kesihatan Tokmat @Saya Zaharil. Saya juga memohon jasa baik semua agar memberikan ruang kepada daddy saya supaya dapat fokus sepenuhnya pada rawatan beliau,” ujar Eva.

Anak mohon doa orang ramai, peguam 'Kotak Pensel' dikejarkan ke hospital

Eva turut meminta pertimbangan daripada anak guam bapanya dan berjanji akan menghubungi mereka selepas Ahmad Zaharil kembali stabil.

“Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua,” tambahnya.

Di TikTok, video Ahmad Zaharil yang terlantar di katil akibat demam turut dimuat naik, namun sehingga kini, perkembangan terkini dan punca kemerosotan kesihatannya masih belum dimaklumkan.

@evarizarina Saya ingin memohon kebaikan semua untuk mendoakan kesihatan Tokmat @Saya Zaharil dan saya juga memohon jasa baik semua untuk memberikan ruang kepada daddy saya agar dapat fokus sepenuhnya pada rawatan beliau. Kepada para client yang dihormati, kami akan menghubungi anda semula sebaik sahaja keadaan kembali stabil. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua❤️ #peguampencilbox ♬ son original – Easy Piano

Peguam Kotak Pensel: Kisah Yang Menyentuh Hati

Datuk Ahmad Zaharil mula dikenali pada tahun 1998 apabila beliau membela seorang ibu yang dituduh mencuri sebuah kotak pensel berharga RM18. Wanita tersebut dikatakan ingin menghadiahkan kotak pensel itu kepada anaknya yang berjaya mendapat tempat pertama di sekolah, namun kesempitan wang memaksa beliau mencuri.

Setelah mengetahui kisah pilu tersebut, Ahmad Zaharil menawarkan diri untuk mewakili wanita itu sebagai peguam bela. Berkat usahanya, wanita itu menerima hukuman ringan agar dapat terus menjaga anaknya.

Pertemuan Semula yang Tidak Disangka

@saya..zaharil♬ original sound – Saya Zaharil

Pada tahun 2017, Ahmad Zaharil bertemu seorang pemuda di kantin yang memerhatikannya selama beberapa hari. Pemuda itu akhirnya memperkenalkan diri sebagai anak kepada wanita yang pernah beliau bela dalam kes kotak pensel dahulu.

Kisah ini kemudian dijadikan inspirasi sebuah iklan raya pada tahun lalu, yang menjadi tular di seluruh negara kerana mesej kemanusiaannya yang mendalam.

Semoga Datuk Ahmad Zaharil diberi kesembuhan segera, dan jasa serta dedikasi beliau terus menjadi inspirasi kepada masyarakat.

@amzaharil♬ original sound – amzaharil

Baca Juga:
Orang ramai hairan lihat lelaki berpakaian ihram bersilat depan Kaabah
Satu Malaysia merajuk Johan Ghazali tayang gambar makan malam bersama kekasih?
Isteri mohon maaf & minta halalkan makan minum sepanjang 30 tahun usia perkahwinan undang ramai warganet sebak