Anak MB Perlis tak mengaku buat tuntutan palsu lebih RM19,000

Anak MB Perlis tak mengaku buat tuntutan palsu lebih RM19,000

Anak kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,505.10.

Pengakuan pemuda berusia 35 tahun itu adalah berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, pada Februari lalu.

Menerusi prosiding pada pagi Khamis, Mohd Syafeeq meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Anak MB Perlis tak mengaku buat tuntutan palsu lebih RM19,000

Mengikut pertuduhan, Mohd Syafeeq didakwa menyerahkan dokumen Pesanan Kerajaan atas nama Mohd Farid Abdul Hamid, bernilai RM19,505.10, untuk penyediaan minuman kepada Tuanku Syed Sirajuddin di Hospital Tuanku Fauziah, walaupun mengetahui perintah itu mengandungi butiran palsu.

Dia didakwa mengemukakan tuntutan itu kepada Nurul Nabilah Mohd Sukri, pembantu tadbir di Unit Pentadbiran Daerah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dengan niat mengelirukan pegawai atasannya pada 19 Februari lalu.

Baca Juga:
Pemilik resort anjur parti liar di Pulau Lang Tengah dikompaun RM25,000
Pemuda hilang ketika berjoging di Bukit Hill Top ditemui di kawasan paya bakau
Individu beri bayi berusia 10 hari makan pisang undang kecaman ramai
CATEGORIES