Anak makan bersepah, kedai makan kenakan denda RM5

Anak makan bersepah, kedai makan kenakan denda RM5

Seorang pelanggan sebuah kedai makan meluahkan rasa kurang senang selepas didenda RM5 kerana anaknya membuat sepah semasa makan.

Menurut individu tersebut, dia berasa pelik apabila mengetahui adanya ‘peraturan’ seperti itu di kedai makan. “Salam Mein, pertama kali saya kena denda RM5 dekat kedai makan sebab makan bersepah. Anak saya berusia bawah dua tahun.

“Boleh ke buat laporan KPDNKK mengenai denda itu? Boleh ke kedai denda pelanggan sebab buat sepah?,” tanya wanita tersebut.

Anak makan bersepah, kedai makan kenakan denda RM5

Gambar hiasan

Tambahnya lagi, dia merasakan harga makanan di kedai makan itu terlalu mahal.

“Kailan ikan masin, telur dadar, siakap 3 rasa, harganya RM55. Mahal betul, ditambah kena denda lagi,” luah pelanggan itu.

Menerusi reaksi pengguna platform X.com, ramai terkejut apabila mendapat tahu mengenai denda di kedai makan tersebut.

Ada yang berpendapat tidak wajar pihak kedai mengenakan denda sedemikian. Namun ada yang berpendapat, mungkin sepah yang dibuat terlalu teruk dan wajar dikenakan denda. Tambah netizen lagi, setiap ibu bapa bertanggungjawab dengan kelakuan anak masing-masing semasa di kedai makan.

Dalam pada itu, netizen berpendapat kesemua lauk yang dimakan pelanggan tersebut dengan harga RM55 dikira standard untuk hari ini — ianya tidaklah terlalu mahal ataupun murah.

Baca Juga:
Nora Danish nafi masalah kewangan punca cerai
Orang Korea jual ‘Lemang Instant’ selamba campak dalam api buat netizen terkejut
Netizen puas hati wanita ini permainkan penjual aiskrim Turki, “biasa dia buat orang, kali ini dia terkena”
CATEGORIES