
Anak main sorok-sorok terkunci dalam ‘fitting room’, pekerja kedai terpaksa panjat masuk atas pintu
Anak main sorok-sorok terkunci dalam ‘fitting room’, pekerja kedai terpaksa panjat masuk atas pintu.
Jika kita membeli baju di pusat beli-belah, pasti mereka akan sediakan bilik persalinan untuk mencubanya
Hal ini kerana untuk memastikan kita dapat merasai sendiri pakaian tersebut agar semuanya selesa dan membuat pilihan tepat. Kalau tak cuba nanti kena tukar pula kan.
Namun, lain pula terjadi dengan video di TikTok ini apabila ibu ‘naik pening’ selepas anak-anaknya terkunci di dalam sebuah bilik persalinan telah mendapat perhatian ramai.
Main sorok-sorok sekali terperangkap
Menerusi video tersebut, pada masa itu wanita berkenaan mahu mencuba pakaian di dalam bilik persalinan.
@farehan269Alkisah. Ibu dtg nak beli baju ayah dia. Yaya dgn adik bradik lain g main nyorok2 dlm fitting room. Nasib tak baik,lock fitting room tu problem dia punya lock sangkut.. Dah xleh bukak.. Terpaksala minta tlg staff waikiki ni handle.. 😅 Korang buat ibu rase stresss oooo 😂 ibu anak 4 bila berjalan tanpa ayahnye memg mcm sarjan askar😁.. Tapi tulah. Ade culasnya jugak..sabar jelahhh.. 🤣 ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Namun, belum sempat mahu cuba, anak-anaknya terperangkap di dalam bilik persalinan berkenaan dek kerana bermain sorok-sorok.
Kejadian tersebut membuatkan si ibu terpaksa memanggil pekerja yang bertugas untuk menolongnya. Nasib baik saja salah seorang pekerja di situ berbadan kurus dan muat untuk memasuki bilik persalinan tersebut daripada atas.
@farehan269 Replying to @frhanwq ♬ original sound – نور فريحان ابو بكر
“Sebab tu every shopping center kene ada sorang staff yang kurus gini” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 40.9K likes dan 482 comments di TikTok.