Anak lelaki tergamak tinggalkan bapa tak boleh berjalan terkontang kanting dekat Security Guard. Tidak ramai yang dapat merasai kasih sayang seorang bapa namun video yang baru-baru ini tular di lama media sosial TikTok memaparkan sesuatu yang bertentangan dengan itu.
Perkongsian sedih pengguna TikTok @ceqta_anita memaparkan, seorang warga emas yang tidak boleh berjalan dilihat telah ditinggalkann terkontang-kanting oleh dua anak lelaki di rumah anak perempuan tanpa pengetahuan.
Anak perempuan yang tinggal di rumah bertingkat itu hanya diberitahu oleh pengawal keselamatan selepas satu jam bahawa bapanya berada di bawah.
“Tanpa pengetahuan aku, 1 Ramadan 5.30 petang, security ketuk pintu rumah aku, bagitahu ayah kamu ada dekat bawah hampir sejam.
2 lelaki (abang) cakap nanti anak perempuan dia turun ambil, tergamak korang buat ayah macam ni? Mana hati iman korang?,” tulisnya di kapsyen.
Difahamkan, bapanya itu tidak boleh berjalan kerana menghidap strok dan perlu memakai lampin pakai buang.
Wanita berkenaan turut meluahkan rasa hampa kepada dua orang abangnya yang tergamak melakukan sedemikian dan tidak mengambil inisiatif untuk berbincang dahulu dengannya.
Allahu, sampainya hati mereka…