Anak lelaki mengamuk pukul ibu dengan tukul, ancam letupkan tong gas dengan pemetik api

Anak lelaki mengamuk pukul ibu dengan tukul, ancam letupkan tong gas dengan pemetik api

Anak lelaki mengamuk pukul ibu dengan tukul, ancam letupkan tong gas dengan pemetik api.

Seorang lelaki bertindak agresif memukul ibunya dengan penukul dan mengancam mahu meletupkan tong gas dalam kejadian amuk di sebuah flat di Jalan Gangsa di sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Shaari Mansor berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan pada jam 10.57 malam berhubung kejadian itu di perumahan berkenaan.

Anak lelaki mengamuk pukul ibu dengan tukul, ancam letupkan tong gas dengan pemetik api

Sebaik tiba di lokasi, terdapat seorang lelaki berusia 40-an mengunci pintu rumah dan mengikat pintu jeriji besi dengan dawai serta bertindak agresif memukul ibunya yang berusia 60-an.

“Anggota bomba cuba memujuk lelaki terbabit namun tidak berjaya kerana dia dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

“Lelaki terbabit juga membuka dua injap tong gas dan mengancam mahu menyalakan api menggunakan pemetik api.

“Dia juga bertindak menghidupkan pembersih hampagas yang dibimbangi akan mencetuskan api kebakaran,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Shaari berkata, pihaknya kemudian membuka satu aliran air bertekanan tinggi sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.

Katanya, kira-kira tiga jam memujuk, lelaki terbabit melepaskan ibunya sebelum dia ditahan polis manakala warga emas itu diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan suspek akan direman pagi ini.

Difahamkan, lelaki terbabit tidak bekerja dan tinggal bersama ibu dan seorang lagi ahli keluarga.

Ketika kejadian, lelaki terbabit dikatakan terus memukul ibunya setiap kali anggota penyelamat cuba merapati wanita berkenaan bagi diselamatkan.

Dipercayai, lelaki berkenaan memukul ibunya menggunakan tukul dan ketika diselamatkan, wanita terbabit berada dalam keadaan trauma.

Baca Juga:
Kajian terkini ‘Ekstrak ganja’ boleh menbunuh sel kanser
Pengantin wanita selamba ‘goreng’ gitar lagu Canon Rock buat tetamu terpegun
Murid darjah tiga beri 20 rakan sekelas Smiggle, guru kelas dapat Kate Spade sebagai hadiah perpisahan
CATEGORIES