Anak kesal barang kemas milik ibu bernilai RM12,000 hilang di hospital

Photo of author

By Syima Iza

Anak kesal barang kemas milik ibu bernilai RM12,000 hilang di hospital.

“Nilai sentimen barang kemas milik mendiang ibu itu tidak ternilai buat kami,” kata B Gobinathan, 42, yang mendakwa barang kemas bernilai RM12,000 milik ibunya hilang selepas dimasukkan ke hospital di bandar ini.

Pengurus cawangan sebuah pasar raya itu berkata, pada 6 petang pada 8 Jun lalu, dia menghantar ibunya S Vangamah, 60-an ke wad kecemasan hospital tersebut.

Anak kesal barang kemas milik ibu bernilai RM12,000 hilang di hospital
Gambar hiasan

Menurutnya, pada jam 11.38 malam, ibu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan diberikan rawatan. “Apabila dibenarkan melawat ibu, saya dapati barang kemasnya iaitu rantai dan loket sudah tiada. Selama 30 hari ibu dirawat di ICU dan meninggal dunia pada jam 9.43 malam, 7 Julai lalu.

“Selepas selesai urusan di rumah mayat, kami menuntut barang kemas ibu. Anggaran berat barang kemas itu adalah 40 gram,” katanya.

Gobinathan bagaimanapun berkata, dia terkilan apabila pihak hospital menyatakan tiada rekod berkaitan barang kemas itu.

“Saya masih ingat ketika menghantar ibu ke hospital dia masih memakai barang kemas itu.

“Barang kemas itu adalah antara barangan peninggalan mendiang ibu yang amat berharga buat kami dan harap pihak hospital menjalankan siasatan berkaitan pengaduan kami,” katanya.

Gobinathan membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pada 11 Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata pihaknya menerima pengaduan berkenaan dan sedang menjalankan siasatan.

Baca Lagi:
Vincent Tan tuntut Sanusi mohon maaf secara terbuka, bayar RM200 juta!
Dah tunjuk lesen memandu digital tapi masih mahu lesen fizikal, 2 pemuda Malaysia tak puas hati kena saman di Thailand
Sultan Brunei terima hadiah ‘stereng F1’ dari PM Anwar, netizen pula terkejut..