“Anak jadi menantu pakcik nak tak?” – Lelaki mahu jodohkan pemandu grab dengan anak perempuan raih perhatian

Photo of author

By Syima Iza

“Anak jadi menantu pakcik nak tak?” – Lelaki mahu jodohkan pemandu grab dengan anak perempuan raih perhatian.

Setiap ibu bapa pasti ingin memastikan anak mereka dijodohkan dengan seseorang yang baik budi pekertinya. Namun, mencari calon yang sesuai bukanlah sesuatu yang mudah.

Baru-baru ini, tular sebuah gambar yang memaparkan satu maklum balas yang ditinggalkan oleh seorang pelanggan kepada pemandu Grab menerusi aplikasi.

"Anak jadi menantu pakcik nak tak?" - Lelaki mahu jodohkan pemandu grab dengan anak perempuan raih perhatian

Ia bagaikan satu keajaiban apabila maklum balas tersebut merupakan tentang seorang bapa yang meluahkan hasratnya untuk menjodohkan pemandu Grab tersebut dengan anak perempuannya.

“Salam sejahtera anakku, ingat tak pak cik yang awak hantar ke Hospital IIUM pagi tadi? Pak cik ada seorang anak perempuan yang belum kahwin lagi, umur 28 tahun, dia jadi doktor di Hospital IUM ni. Anak jadi menantu pakcik nak tak?,” tulis maklum balas tersebut dalam aplikasi Grab.

Susulan perkongsian gambar berkenaan di platform Reddit, ia telah menarik perhatian netizen dan rata-rata teruja melihat kejadian unik ini yang digelar sebagai rezeki terpijak.

“Itu namanya rezeki. Berkenalan dulu. Tak salah pun,” komen seorang netizen.

“Pandai hang tawan hati ayahnya,” kata seorang lagi.

“Ciri bagus yang boleh ditambah dari Grab,” seloroh seorang netizen lain.

Ramai juga berpendapat bahawa mungkin pak cik itu melihat sesuatu yang baik pada pemandu Grab tersebut sehingga sanggup menjodohkan anak perempuannya, walaupun mereka baru berjumpa tidak sampai sehari.

Baca Lagi:
Saman terhadap 2 selebriti wanita sudah difailkan, ‘Abang Bas’ kembali bekerja – Peguam
Lelaki ini jadi terkenal seluruh dunia selepas jadi pembeli no plat kereta paling mahal RM39 juta
Bayi perempuan menangis ditemui atas loteng rumah, penduduk syak ‘anak kuntilanak’