Anak Hamzah Zainudin didakwa terima rasuah RM100,000

Photo of author

By Syima Iza

Anak Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan menerima rasuah bernilai RM100,000.

Muhammad Faisal Hamzah mengaku tidak bersalah menerima wang daripada Izmir Abd Hamid yang didakwa sebagai bayaran untuk Heitech Padu Bhd (Heitech Padu) melantik Syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Syarikat Per My Solutions sebagai perunding pemasaran.

Kesalahan yang didakwa itu dikaitkan dengan Heitech Padu yang dikatakan diberi tender RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk pembekalan, penyewaan, pelaksanaan, latihan, sokongan dan penyelenggaraan infrastruktur keselamatan.

Anak Hamzah Zainudin didakwa terima rasuah RM100,000

Lelaki berusia 40 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah pejabat di Publika Shopping Gallery yang berada di Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur pada Mac 2018.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.Mahkamah kemudian membenarkan Faisal dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga memerintahkan dia menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sementara menunggu kes diselesaikan.

Hakim Rozina Ayub kemudian menetapkan 5 Julai untuk sebutan semula kes tersebut.

Mahadi Abdul Jumaat bertindak sebagai timbalan pendakwa raya manakala Ravinder Singh Dhalliwal bertindak sebagai peguam bela Faisal.

Pada April tahun lepas di hadapan Mahkamah Sesyen Seremban, Faisal mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan berhubung minyak masak bersubsidi.

Baca Juga:
“Kalau mereka berbaik, saya orang nombor satu mengamuk dekat kakak saya” – Didi Astillah
‘Tamat sudah riwayat Lisa’ – Monyet tular satu dunia yang menghiburkan semasa PKP sudah tiada
Pemandu e-hailing burukkan Malaysia, hina agama Islam depan pelancong dikecam