Anak goreng ikan arowana bernilai RM4,286 milik bapa

Photo of author

By Syima Iza

Anak goreng ikan arowana bernilai RM4,286 milik bapa. Seorang lelaki di Sumatera Utara pasrah dengan kehilangan ikan arowana peliharaannya yang bernilai kira-kira 15 juta rupiah (RM4,286).

Ikan kesayangan jenis super red short model yang dimiliki Nizam Nababan bukan dicuri sebaliknya digoreng oleh anak-anaknya.

Lapor Kompas.com, kisah itu bermula apabila Nizam mendapati ikan arowana tiada dalam akuarium yang turut dipenuhi dengan ikan peliharaan lain.

Anak goreng ikan arowana bernilai RM4,286 milik bapa

Nizam kemudian mencari ikan arowana hilang itu dengan menyangka ia sudah `melompat’ keluar dari akuarium.

“Ketika itu, saya berada di tingkat atas sedang memasang peralatan gim, apabila turun ke bawah, saya mendapati akuarium itu kosong.

“Saya memberitahu isteri dengan menyangka ikan arowana sudah melompat keluar dari balang tanpa mengetahui ke mana hilangnya.

“Tidak lama kemudian, dua anak saya yang masih bersekolah datang membawa sepinggan ikan goreng,” katanya.

Menurut Nizam, dia terkejut setelah mendapati ikan goreng itu sebenarnya merupakan ikan arowana yang hilang itu.

“Saya berasa amat marah namun selepas fikirkan mereka sering makan ikan dimasak, sudah tentu mereka tidak dapat membezakan antara ikan peliharaan dan yang dibeli,” katanya.

Baca Lagi:
Lelaki ini kongsi kisah sebenar selepas isteri tuduh berasmara dengan ibu mertua dalam keadaan bogel
Azab bekerja sebagai scammer di Myanmar, gadis ini kongsi pengalaman dipaksa makan babi
Tular Myvi rempuh Hilux halang laluan kemudian beredar begitu sahaja undang persoalan netizen