Anak gadis penyanyi dangdut berusia 15 tahun dicekup polis kerana edar dadah

Photo of author

By Syima Iza

Anak gadis penyanyi dangdut berusia 15 tahun dicekup polis kerana edar dadah. Seorang gadis berusia 15 tahun yang juga merupakan anak kepada penyanyi dangdut Indonesia telah ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah.

Memetik laporan Liputan6, penahanan terhadap anak kepada penyanyi dangut, Lilis Karlina itu berlaku selepas orang ramai mula mencurigai dan mendakwa gadis berkenaan mengedar dadah. Susulan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut yang akhirnya membawa kepada penahanan suspek.

Anak gadis penyanyi dangdut berusia 15 tahun dicekup polis kerana edar dadah

Semasa soal siasat, suspek mendakwa telah menerima bahan terlarang itu daripada seseorang selain membelinya secara dalam talian. Dia kemudian menjual kembali dadah tersebut secara bersemuka dan menerusi dalam talian.

Difahamkan, polis menemui bahan bukti berupa dadah seperti bentuk 925 item Hexymer dan 740 Tramadol serta 200 ubat trihexyphenidyl. Ketiga-tiga jenis dadah tersebut dilarang diperdagangkan secara bebas dalam masyarakat.

Anak gadis penyanyi dangdut berusia 15 tahun dicekup polis kerana edar dadah

Menurut sumber, ternyata suspek dua tahun mengambil bahan terlarang tersebut iaitu sejak berusia 13 tahun. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Baca Lagi:
Biadap! Mat Salih potong barisan beratur ludah lelaki kerana berebut teksi
Suami cuba sorok perangai pelik dia dan cuba sayangkan isteri seperti lelaki lain, semua kerja rumah buat tapi akhirnya terbongkar selepas isteri jumpa gambar lama..
Isteri hari-hari mengeluh penat, padahal semua kerja aku buat sampai aku terpaksa doa bukan-bukan